Ucapan Yang Berbahagia Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Haji Ampon. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
dan salam sejahtera
Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Haji Karno, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah,
Yang Berbahagia Tuan Haji Habib Zam Zam bin Abdul Latif Ketua Penolong Kanan Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah,
Yang Berusaha En. Azman Haji Ruslan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Keningau Merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah,
Yang Berusaha Tuan Haji Kaipin bin Haji Rusmin selaku Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Bayangan Keningau serta
Saudara Muhd. Yuslin bin Osman selaku Pengarah Program Universiti Bersama Masyarakat,
Tuan-tuan, Puan-puan serta para hadirin dan hadirat sekalian.
Segala puji dan syukur saya rafakkan ke hadzrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul beramai-ramai dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Universiti Bersama Masyarakat di Kampung Bayangan Keningau ini.
Program ini merupakan kesinambungan usaha berterusan universiti mengeratkan hubungan dengan masyarakat secara keseluruhannya. Selain dari itu, program ini merupakan satu platform untuk mahasiswa/i menyumbang bakti kepada masyarakat setempat. Dalam masa yang sama program ini dapat memperlengkapkan diri mereka sebagai mahasiswa/i yang mampu berkongsi ilmu yang ditimba selama ini.
Bermula dari penubuhannya iaitu tahun 1994, UMS telah menghasilkan seramai lebih dari 28,000 orang graduan daripada pelbagai bidang seperti keusahawanan, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Mereka ini telah pun berjaya mendapat kejayaan dalam bidang yang diceburi. Kini seramai 17,000 mahasiswa UMS sedang melalui proses pemantapan pembangunan diri, untuk menjadi warga yang berketrampilan, berdaya saing dan berkeperibadian yang tinggi dan berakhlak mulia. Harapan ini dapat disempurnakan melalui penyertaan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang dianjurkan sama ada di dalam mahu pun luar kampus.
Selaras dengan peranan universiti iaitu untuk mendidik dan melahirkan modal insan yang profesional, berilmu dan berdaya saing, Universiti Malaysia Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sentiasa bertekad menjadi sebuah institusi yang memfokuskan kepada kecemerlangan dalam bidang akademik yang melibatkan pengajaran dan juga pembelajaran. Dalam masa yang sama, UMS turut menitikberatkan kualiti dan pembangunan sahsiah pelajar.
UMS akan terus berusaha memastikan tanggungjawab memberi didikan ilmu dapat dilakukan dengan lebih baik dan pelajar-pelajar kita terus berasa selesa berada di UMS. Justeru, aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada keceriaan dan kesihatan telah diberikan tumpuan disamping mengukuhkan aktiviti-aktiviti kurikulum seperti penyelidikan dan mempergiatkan kegiatan ko-kurikulum, termasuklah program khidmat bakti masyarakat seperti ini.
Dengan yang demikian setiap warga UMS berkeupayaan memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai motto ”Bertekad Cemerlang” yang menjadi budaya kita selama ini. Bagi memacu kecemerlangan ini, kita akan hanya menggunapakai pendekatan-pendekatan yang komprehensif, realistik, jelas, relevan dan berkembang maju.
Setiap manusia mempunyai gaya dan cara yang tersendiri untuk melakukan sesuatu tindakan. Malah budaya atau 'culture' turut menyebabkan timbulnya kelainan dalam tindakan. Semuanya berpunca daripada cara berfikir yang berbeza. Akan tetapi jika kita berpusat kepada fikiran yang sama, kita mampu menyatukan tindakan.
Dalam ertikata yang lain, melalui perkongsian dasar atau pegangan yang sama, kita mampu menghasilkan kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna dalam pelbagai bidang. Anjakan minda perlu digerakkan agar azam berupaya memangkin kecemerlangan iaitu menjurus kepada kesatuan dalam perkongsian idea yang akan mencetuskan suatu tindakan yang akhirnya menonjolkan kemampuan sebenar kita.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Bertepatan dengan objektif UMS yang kedua iaitu meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara, maka penyertaan para mahasiswa dalam program lima hari empat malam ini diharap akan dapat memberikan impak yang positif khususnya kepada belia-belia kampung ini.
Melalui kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan seperti ini juga, adalah diharapkan para mahasiswa dan para belia dapat menjadikan ianya platform terbaik untuk mengenal dan memantapkan potensi diri masing-masing. Keupayaan untuk merancang perlulah disusuli dengan keupayaan untuk menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi. Selain itu juga, melalui perkongsian ilmu dan pengalaman bersama ini, adalah diharapkan ianya mampu menjadikan mereka lebih kreatif dan berdikari.
Kerjasama, tolak ansur dan saling hormat menghormati dalam satu pasukan merupakan antara elemen utama kejayaan seseorang. Selain itu juga, kebolehan untuk menerima pelbagai idea dan pandangan juga mampu menghasilkan pelajar yang matang dalam membuat pelbagai keputusan.
Dunia masa kini tidak lagi mudah diramal dan setiap hari kehidupan manusia sentiasa terdedah kepada cabaran dan dugaan. Justeru itu saya mengesyorkan agar hubungan akrab dan berterusan di antara gedung ilmu seperti UMS ini terus disemarakkan dengan masyarakat melelui pelbagai program dan aktiviti yang boleh dirancang secara bersama-sama.
Akhirkata saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kepimpinan kawasan, daerah dan kampung Bayangan ini, di atas kesudian menerima kunjungan kami dan mahasiswa mahasiswi UMS sekalian. Mudah-mudahan, kehadiran UMS buat kesekian kalinya di Kg Bayangan ini akan terus menyalakan semangat membara anak-anak Kg Bayangan dan sekitarnya menjejak kaki di UMS pula.
Sekian Wassalammualaikum wbt.

Comments
Post a Comment