BABY TARZAN – “SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN”
{Utusan Borneo, m/s. 11, 30 Julai 2008}
JAKARIA DASAN & HAZNAIN NGAMIL, jakaria@ums.edu.my
Universiti Malaysia Sabah melalui penglibatan aktif kakitangannya turut prihatin dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Selain melibatkan diri dalam lawatan ke rumah-rumah anak yatim dan rumah-rumah kebajikan, kakitangan UMS juga melalui aktiviti persatuannya sering terlibat dalam beberapa aktiviti kemasyarakatan, gerakan meringankan kesan bencana alam yang berlaku di sekitar Sabah. Baru-baru ini, melalui aktiviti MAKNA (Majlis Kanser Nasional), kakitangan UMS sekali lagi tampil menghulurkan sumbangan dan bakti membantu memberikan sokongan kepada adik Elisha Thovuud Guntingan, seorang pesakit kanser yang hanya mampu duduk di atas kerusi rodanya menikmati saki baki hayatnya yang hanya berada pada ketentuan takdir sahaja.
Lebih mesra dipanggil ”Baby Tarzan,” adik Elisha baru berusia 10 tahun dan masih belum berpeluang untuk mengenal cabaran dan dugaan dunia di hadapannya. Pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-10, kakitangan UMS yang diketuai oleh Kapt Haznain Ngamil, En Ismail Abd Jalil dan cik Mona Sofia selaku perantara MAKNA di kampus UMS, berpeluang untuk merealisasikan impian mengadakan majlis sambutan hari jadi yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh Baby Tarzan dan keluarganya. Majlis sambutan walau pun secara kecil-kecilan tetapi telah berlangsung meriah di Simpang Mengayau, Kudat.
Siapakah Baby Tarzan? Bagaimanakah tahap penderitaan yang dialaminya? Doktor yang merawat beliau menyatakan bahawa bagi orang biasa (kanak-kanak biasa) jangka hayat beliau diramalkan kritikal pada empat tahun yang lalu. Tetapi disebabkan oleh kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat sekitarnya, beliau masih dapat melihat dunia sehingga hari ini, walau pun sebahagian besarnya dari atas katil di rumah dan sebahagian lagi sewaktu duduk di kerusi rodanya. Di situlah dia cekal menghadapi saat-saat akhir hayatnya.
Adik Elisha Thovuud Guntingan dilahirkan dengan cukup sifat, sihat dan aktif. Beliau dilahirkan pada Mei 1998 di Kota Kinabalu, Sabah. Dua tahun kemudian iaitu setelah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke dua, Thovuud telah dimasukkan ke Q.E.H kerana menghidap barah otak. Rentetan daripada perkara tersebut, Thovuud telah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Setelah mengharungi pembedahan selama 15 jam, Thovuud koma dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua bulan. Pantang maut sebelum ajal, Thovuud kembali sedar dan dibenarkan pulang untuk menjalani kehipan biasa.
Bermula daripada itu, Thovuud sentiasa menerima rawatan dari semasa ke semasa. Barah tersebut sedikit demi sedikit telah memamah kesempurnaan fizikalnya. Daripada seorang yang cergas, kini Thovuud terlantar di atas katil dengan keadaan yang tidak dapat berjalan dan melihat. Percakapan dan pernafasan Thovuud juga semakin lemah. Sungguhpun begitu beliau mempunyai semangat yang kental. Tanpa keupayaan fizikalnya, Thovuud dapat menggunakan deria pendengaran dan ingatan yang menakjubkan, Thovuud mengikuti perjalanan hidup melalui maklumat yang disampaikan oleh ibunya, Puan Elizabeth Anjun. Thovuud amat meminati karektor Tarzan dan dari situlah dia dikenali dengan nama panggilan, Baby Tarzan.
Apabila dimaklumkan oleh keluarga beliau akan hasrat untuk menyambut hari lahirnya di Tip of Borneo’ Simpang Mengayau, Kudat, penggerak MAKNA UMS telah mengusahakan gerakan merealisasikan impian beliau. Melalui MAKNA (Majlis Kanser Nasional), hasrat beliau telah dihebahkan kepada di kalangan penyumbang dan sukarelawan MAKNA di sekitar Kota Kinabalu. Hasrat tersebut telah digerakkan oleh sukarelawan Universiti Malaysia Sabah(UMS) yang telah menjayakan majlis sambutan hari jadi beliau di titik paling hujung Pulau Borneo pada 27 April yang lepas. Satu program yang sesungguhnya sangat istimewa dan kejayaan yang sukar digambarkan. Bagi insan sihat seperti saudara mara, ahli keluarga dan penggerak MAKNA, mungkin tidak menyedari nilai majlis tersebut. Bagi Baby Tarzan, hanya beliau sahaja yang cukup menghargai kesempatan berada di Simpang Mengayau tatkala itu. Dalam keperitan, Baby Tarzan bertekad untuk melalui perjalanan darat ke Kudat selama 6 jam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat dan kembali ke Kota Kinabalu semula. Program itu juga telah dinamakan ‘Baby Tarzan’s Journey To The Tip of Borneo’.
Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan dan menerima sokongan secara sukarela dari pelbagai pihak. Selain dari promosi di radio oleh DJ Johanna dan DJ Juliana dari Sabah VFM, pelbagai pihak yang tidak dapat disenaraikan namanya telah turut membantu mengikut kapasiti masing-masing. Usaha gigih sukarelawan UMS dan keluarga Thovuud amat berbaloi. Kenderaan ambulan yang membawa adik Thovuud, penginapan, peralatan, kemeja-T, sepanduk, makanan, tenaga kerja, dan banyak lagi adalah hasil daripada keperihatinan pelbagai pihak.
Rombongan keluarga Thovuud tiba di Kudat sehari sebelum majlis hari jadi. Program yang juga dipanggil ‘Celebration of Life’ (Meraikan Kehidupan) bermula dengan perlawanan persahabatan bolasepak antara pasukan Thovuud menentang pasukan Pejabat Daerah Kudat. Pasukan Thovuud diketuai oleh Marianus Guntingan iaitu, bapa Thovuud sendiri. Sungguhpun tewas, pasukan Thovuud tetap berpuashati. Sebaik sahaja perlawanan tamat, adik Thovuud telah diberi peluang melakukan sepakan dalam kotak penalti ke arah pintu gol dari atas kerusi roda.
Usaha merealisasikan impian Thovuud ini sebenarnya telah menonjolkan pelbagai nilai-nilai positif. Selain dari merealisasikan impian seorang kanak-kanak yang tabah meniti penghujung hayat, ianya juga mendatangkan seribu hikmah. Antara lainnya, Thovuud telah membuka mata umum betapa pentingnya manusia yang sihat itu perlu bersedia untuk menjadi sukarelawan MAKNA umpamanya. Pelbagai peringkat individu yang terlibat selama ini mungkin tidak mengetahui kepayahan dan kesengsaraan pesakit kanser. Penglibatan mereka menceriakan sejenak kehidupan Baby Tarzan begitu dapat dirasai di lubuk hati mereka sendiri. Turut sama dalam program ini ialah Pegawai MAKNA dari Kuala Lumpur iaitu En. Vemmana Appana dan Puan Fadzillah Wan yang turut sama di sepanjang program tersebut berlangsung. Mereka menyatakan rasa bangga dengan program yang diusahakan oleh para sukarelawan UMS itu. Kata mereka lagi, penyertaan masyarakat seperti ini akan dapat membuka mata banyak pihak mengenai penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit kanser. Selain dari sumbangan yang diterima semasa program itu dijalankan, MAKNA juga telah dapat menambah bilangan sukarelawan melalui program latihan sukarelawan yang dilaksanakan sehari selepas program di Kudat.
Majlis sambutan yang dibuat seawal jam 8 pagi pada 27 April, ternyata agak meriah walau pun menyentuh perasaan. Kenderaan yang membawa Baby Tarzan hanya dapat sampai di tempat letak kereta. Di sinilah bermulanya satu episod sayu tapi meriah program ini bilamana para sukarelawan secara bergilir-gilir mendukung Baby Tarzan ke mercu tanda Tip of Borneo. Selepas menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, suasana sambutan harijadi semakin menyentuh perasaan apabila semua yang hadir menyanyikan lagu tema Filem Animasi Tarzan, You’ll Be In My Heart. Sebagai anak yang baru berusia 10 tahun, Baby Tarzan kelihatan ceria walaupun masih diulit dengan keperitan menanggung penyakit kanser yang dialami.
Susulan daripada program itu juga iaitu pada 7 Mei 2008, satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara Pasukan Keluarga Thovuud menentang Pasukan Pilihan D’Force dari UMS telah diusahakan oleh penggerak MAKNA UMS. Perlawanan yang melibatkan pasukan lelaki dan wanita ini dilangsungkan pada waktu malam di Stadium UMS dan disaksikan ramai penonton dari kalangan warga kampus. Menurut Kapten Haznain Ngamil, selaku ketua program, beliau menyatakan yang program ini bukanlah dibuat untuk tujuan mengutip dana untuk Thovuud sahaja. Sebaliknya program itu adalah suatu inisiatif menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya warga kampus mengenai peranan masyarakat membantu mereka yang tidak bernasib baik.
Menurut Haznain, program ini adalah untuk memberikan insan yang dikatakan tiada harapan untuk terus hidup, merasai pengalaman yang dikecapi oleh manusia biasa yang sempurna. “Baby Tarzan adalah seorang daripada mereka yang tidak bernasib baik. Sedikit sumbangan yang diberikan, amat besar maknanya untuk mereka yang menanggung kesengsaraannya...Haznain.” Apa yang dapat dilihat di sini adalah kekuatan semangat kekeluargaan Thovuud dalam memberi harapan kepada ahli keluarganya. Menurut Dr. Liau Yun Haw iaitu doktor sukarelawan yang merawat beliau, kasih sayang dari semua keluarga dan cara mereka melayan Thovuud adalah fakta utama kepada hayat Thovuud yang bertahan lama. Walaupun telah disahkan tidak dapat disembuhkan melalui perubatan moden, Thovuud masih dapat terus menjalani kehidupan seperti orang lain melebihi usia yang telah diramalkan.
Menurut Dr. Liau lagi, pemulihan secara psikologi dengan memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi berupaya mengatasi batasan fakta perubatan. Walaupun Thovuud dilihat semakin lemah, Thovuud dan seluruh keluarga istimewa ini tidak menggambarkan reaksi-reaksi negatif. Pada setiap hujung minggu rumah mereka tidak pernah sunyi dengan kunjungan saudara mara, sahabat handai dan pelbagai pihak yang akan datang dan meluangkan masa melayan Thovuud. Ada kalanya, setiap minggu mereka akan membuat sambutan harijadi untuk Thovuud. Sesiapa saja boleh membawa kek dan mereka tidak perlu menunggu harijadi sebenar untuk membawa kek. Ini adalah kerana bagi Baby Tarzan, selagi hayat dikandung badan beliau masih bersyukur mempunyai keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan MAKNA yang bersungguh-sungguh menceriakan saki baki kehidupannya.

Comments
Post a Comment