SIRKULASI IKLIM BORNEO
[Utusan Borneo, Oktober 2008 }
JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my
Kita mungkin tidak menyedari betapa sensitifnya kesan yang berlaku kepada tumbuh-tumbuhan apabila berlaku perubahan kepada iklim atau suhu. Yang jelas, perbezaan dengan manusia ialah kita masih mampu mengelak dari menerima kesan langsung dengan menggunakan kebijaksanaan atau kewarasan akal fikiran. Dalam keadaan sejuk, kita berupaya melindungi badan kita dengan mengenakan pakaian yang tebal. Demikianlah juga dalam keadaan dimana cuaca yang panas terik, kita mampu melindungi diri kita dengan menggunakan payung atau pohon yang rendang untuk berteduh.
Kemampuan melindungi diri ini walaubagaimanapun tidak dimiliki oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan suhu yang terlalu sejuk atau panahan cahaya matahari yang terlalu terik maka ianya boleh mengakibatkan tumbuh-tumbuhan musnah. Malah, lebih ditakuti jika keadaan cuaca yang keterlaluan perubahannya ini tidak dapat dikawal. ianya boleh membantutkan proses pertumbuhan dan akhirnya tumbuh-tumbuhan itu pupus begitu sahaja. Inilah bahana yang menimpa tumbuh-tumbuhan seperti sumber makanan dari hasil pertanian dan bekalan oksigen yang dihasilkan melalui dedaunan yang menghijau. Impak perubahan cuaca atau biasa disebut “climate change” sebenarnya perlu difahami dengan jelas oleh masyarakat. Kesan fizikal yang biasa disedari ialah bila berlakunya pemanasan global yang mengakibatkan musibah banjir dan pelbagai bencana alam akibat daripada hujan yang luar biasa kuantitinya dan tidak lagi mengikut rekod iklim sebelumnya. Sesungguhnya kesan perubahan cuaca ini kepada tumbuh-tumbuhan khususnya di wilayah Borneo adalah begitu hebat, namun masih ramai yang tidak mengetahui keseriusannya.
Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi di Sekolah Sains Sosial, UMS, telah menjalankan kajian ke atas perkara ini. Hasil kajian beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi UMS tahun 2008 atau dikenali dengan nama PEREKA 2008 pada 19 hingga 21 Ogos yang lalu. Tajuk penyelidikan beliau ialah “Penghasilan Senario Iklim Berdasarkan Pengklasifikasian Sirkulasi untuk Borneo.” Dalam konteks yang mudah difahami umum, penyelidikan ini adalah berkaitan dengan fenomena ‘global warming’ (pemanasan global) dan kesan perubahan iklim yang berlaku. Selaras dengan perkembangan semasa di mana isu ‘climate change’ merupakan agenda utama dunia (termasuk Malaysia) pada masa kini, maka penyelidikan ini telah dijalankan dengan minat mendalam pihak-pihak yang terlibat. Ia merupakan satu kajian yang cuba meramal perubahan iklim di Borneo pada unjuran 25 hingga 100 tahun ke hadapan. Teknik unjuran yang digunakan untuk meramal perubahan ini adalah menerusi sirkulasi atmosfera skala sinoptik (i.e. iaitu pergerakan-pergerakan udara yang boleh menjana angin monsun dan mencetuskan petanda-petanda El Nino dan La Nina. Kajian begini banyak dijalankan di wilayah yang mempunyai latitude tinggi seperti Eropah dan Amerika Utara. Namun, ianya masih kurang dijalankan di kawasan khatuliswa dan tropika. Berdasarkan rujukan yang telah dibuat, penyelidikan Dr. Ramzah Dambul adalah merupakan usaha pertama yang dijalankan di kawasan Asia Tenggara.
Menurut beliau lagi projek ini adalah merupakan pengembangan kepada tesis PhD yang telah beliau usahakan di Climatic Research Unit (United Kingdom) pada tahun 2001-2005. Tesis tersebut lebih merupakan satu penyelidikan tentang sains atmosfera, iaitu memahami ‘perilaku’ dan ‘tabiat’ iklim di kawasan Asia Tenggara. Projek yang berkaitan dengan ramalan perubahan iklim ini pula lebih merupakan aplikasi. Ia bukan sekadar ilmu tentang sains atmosfera, tetapi ia adalah pengetahuan yang berkaitan dengan iklim sebenar di sekeliling kita – yang boleh mengorientasikan pelbagai aktiviti manusia. Minat beliau terhadap penyelidikan ini bertambah kuat bila memikirkan bahawa negeri Sabah adalah salah satu kawasan di dunia yang sangat sensitif terhadap kesan perubahan iklim. Terutama bila dilihat dari sudut latarbelakang sosioekonomi Sabah yang banyak bergantung kepada bidang pertanian dan pelancongan.
Projek penyelidikan beliau ini adalah ditaja sepenuhnya oleh British Council di bawah skim Royal Society Chevening Fellowship. Geran penyelidikan ditawarkan oleh institusi dari United Kingdom kepada para penyelidik Malaysia setiap tahun di peringkat posdoktoral. Bagi menyempurnakan projek penyelidikan ini, Dr. Ramzah sendiri telah meluangkan masa selama empat bulan di University of East Anglia, England daripada bulan Januari hingga awal Mei 2008. Di situ beliau telah berpeluang menimba pengalaman daripada penyelidik-penyelidik terkemuka antarabangsa dalam bidang berkaitan, termasuklah Profesor Phil Jones, iaitu salah seorang ahli klimatologi sinoptik tersohor di dunia. Beliau berpeluang menggunakan alat-alat penyelidikan berteknologi tinggi, mempelajari teknik-teknik baru serta mendapat akses data-data dari Pusat Meteorologi United Kingdom.
Kajian ini turut menjalin kolaborasi dengan kumpulan penyelidik dari University of Manchester yang membuat penyelidikan di Lembah Danum. Projek yang dikenali sebagai "Oxidant and Particle Photochemical Processes above Danum Tropical Rainforest" [OP3-Danum-08] bertujuan mengkaji interaksi yang berlaku dalam atmosfera hutan hujan khatulistiwa serta perubahan iklim dunia. Sebagai tanda penghargaan kepada kolaborasi yang dijalin, Dr. Martin Gallagher (bagi pihak University of Manchester) telah menghadiahkan sebuah alat pengukur pelbagai indeks atmosfera kepada Program Geografi UMS. Alat yang dikenali sebagai 'Windmaster Pro [32 Hz] Sonic Anemometer Thermometer' ini berkeupayaan mengukur: suhu permukaan, aerosol, ozon, isopren, VOC, ammonia, nitrogen dioksida, gas methane dan beberapa parameter fizikal udara yang lain. Bacaan bagi setiap ukuran akan disalurkan secara terus kepada komputer dalam bentuk cerapan digital. Dengan adanya alat yang sofistikated ini, kajian klimatologi di UMS diharap akan dapat dipertingkatkan lagi.
Universiti Malaysia Sabah komited dalam usaha mempastikan agar negeri ini khususnya dan Malaysia amnya sentiasa mendapat jaminan keselamatan dengan penghasilan penyelidikan berkualiti yang berterusan yang dilakukan oleh para penyelidiknya. Apatah lagi penyelidikan yang melihat peripentingnya memastikan bumi ini terus terpelihara daripada menerima kesan negatif seperti pemanasan global yang mula berlaku sekarang. Justeru, hasil dan dapatan penyelidikan seumpama ini penting bagi membantu perancangan negara khususnya dalam bidang pertanian dan pelancongan. Keperluan ini lebih kritikal dalam konteks negeri Sabah, sebagai sebuah negeri yang masih berteraskan sumber pertanian. Dengan memahami bagaimana iklim berubah dan mengetahui berapakah darjah perubahan tersebut pada masa akan datang, maka pihak-pihak penggubal dan pelaksana dasar (khususnya agensi-agensi kerajaan) boleh merencanakan arahtuju bagi bidang-bidang berkaitan pertanian dan pelancongan.
Misalnya, beberapa tumbuhan ikonik Sabah seperti periuk kera dan bunga rafflesia adalah sangat sensitif kepada perubahan suhu. Jika kita mengetahui tentang kadar peningkatan suhu pada masa akan datang, maka usaha-usaha tertentu boleh diambil untuk menyusun semula strategi pemuliharaan tumbuhan ini yang merupakan salah satu produk utama yang menjadi tumpuan para pelancong ke negeri ini. Begitu juga dengan bidang pertanian, yang mana kebanyakan tanaman di Sabah agak terdedah kepada perubahan suhu dan pola taburan hujan yang ekstrim. Jika perubahan-perubahan ini dapat dijangka lebih awal, maka inisiatif tertentu boleh diambil untuk mengurangkan impak yang berlaku. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah mengambil keputusan menukar jenis tanaman, atau merekabentuk kaedah pertanian baharu yang boleh menebat kesan perubahan iklim yang dijangka.
Sesungguhnya fenomena alam yang melanda dunia tatkala ini tidak dinafikan sebagai berpunca daripada perubahan cuaca yang drastik yang telah mengakibatkan pemanasan global yang kian mengancam kehidupan semua bentuk kehidupan di mukabumi ini. Perubahan iklim ini seolah-olah menular pula pada perubahan iklim politik seluruh dunia. Ternyata masyarakat lebih asyik memerhati, menegur malah bangun membentak dan memberontak kepada tsunami politik yang kononya demi untuk memperkasa tamadun bangsa. Walhal ombak besar yang benar-benar meragut beribu nyawa, hutan hijau yang akar banirnya bertahun berpasak di tanah tercabut dan terhumban, dan tanah runtuh yang menimpa manusia yang lena adalah cabaran yang dalam diam sedang menggugat keharmonian hidup masyarakat. Masyarakat perlu membangkitkan kesedaran cintailah alam sekitar. Pelihara dan puliharalah mengikut kemampuan masing-masing dengan kapasiti sendiri lebih dahulu sebelum mengharapkan organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan-tindakan yang sewajarnya.
Berdasarkan kesedaran inilah, UMS melalui program yang diatur dan kreativiti serta inovasi para pensyarahnya, sentiasa aktif dan tampil ke hadapan mengajak masyarakat agar menyedari peripentingnya aspek memelihara dan memulihara keindahan dan keistimewaan alam semulajadi ini. Betapa bertuahnya kita dapat hidup di tanahair sendiri yang cukup sempurna dengan sumber bumi yang begitu kaya. Mungkin peristiwa salji turun di suatu kawasan di negara Iraq buat pertamakalinya pada tahun lalu tidak sehebat bagaimana politik telah menyebabkan kehancuran menimpa negara itu. Salji itu akan datang semula dan mungkin kuantitinya akan mengakibatkan kesan yang lebih dahsyat daripada kebinasaan yang sedang berlaku. Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar yang sewajarnya.
{ Utusan Borneo, m/s.13, 12 September 2008 }
PAPHIOPEDILUM DAN PHALAENOPSIS HAMPIR PUPUS
Sekali lagi dalam ruangan rencana ini, saya menonjolkan satu lagi kejayaan Pensyarah UMS dari Institut Penyelidikan Bioteknologi dalam menghasilkan kajian dan penyelidikan yang mampu memelihara dan memulihara serta menjamin kesinambungan hidupan spesis tumbuh-tumbuhan yang jarang-jarang terdapat dimana-mana hutan di dunia. Spesies tumbuhan yang dimaksudkan ialah pokok bunga orkid yang tinggal dalam kumpulan kelompok yang kian mengecil dalam rimba hijau di kawasan hutan Gunung Kinabalu, dan hutan-hutan di kawasan Tawau dan Tenom. Dua daripada beberapa jenis Orkid yang mengalami ancaman kepupusan itu dan dipercayai hanya terdapat di Negeri Sabah sahaja ialah “Slipper Orchid” atau nama saintifiknya, “Paphiopedilum rothschildianum” dan “Elephant-ear Orchid” atau nama saintifiknya “Phalaenopsis gigantea.”
Di kawasan tanah tinggi Gunung Kinabalu, terdapat 700 jenis spesis Orkid. Dendrobium, Phalaenopsis, dan Paphiopedilum adalah sebahagian daripada jenis orkid tersebut. Spesis Phalaenopsis juga tumbuh di kawasan tanah rendah khususnya di kawasan hutan di Tawau dan Tenom. Kebanyakan spesis orkid yang ada di Sabah merupakan spesis yang dipelihara dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya diambil apatah lagi didedahkan kepada ancaman kerosakan akibat daripada pemusnahan hutan dan sebagainya. Dapatan ini adalah hasil daripada usaha penyelidik UMS yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Vijay Kumar, Kenneth Rodrigues, Dr. Zaleha Abdul Aziz dan Prof. Madya Datin Dr. Mariam Abdul Latip telah melakukan penyelidikan mendalam ke atas kedua spesis orkid ini dan dalam kajian mereka itu, turut didapati bahawa habitat semulajadi tumbuhan orkid adalah terdedah kepada ancaman bahaya jika sistem pengawalan hutan tidak dipandang serius. Sebagai contoh, penebangan pokok-pokok kayu balak merupakan salah satu dari ancaman langsung kepada kitaran hidup habitat orkid. Ini adalah kerana kebiasaannya pokok orkid tumbuh pada batang pokok kayu balak itu atau pun di kawasan sekelilingnya. Kedua-dua jenis spesis ini telah dikenalpasti sebagai tumbuhan amat unik dan diancam kepupusan. Ianya telah dikategorikan dalam senarai CITES’ Appendix I and II.
Sebenarnya penyelidikan ini turut mendapat kerjasama yang kuat daripada Taman-Taman Sabah, yang juga merupakan ‘rakan baik’ UMS dalam setiap penyelidikan yang menjurus kepada usaha memelihara dan memulihara serta melestarikan keharmonian dan kestabilan hidupan di kawasan hutan. Taman-Taman Sabah sentiasa terlibat secara aktif dan positif dalam menjayakan usaha-usaha para penyelidik dari UMS. Dalam projek ini, dua orang penyelidik Taman-Taman Sabah iaitu Dr. Jamili Nais dan Puan Rimi Ripin telah terlibat secara bersama merealisasikan kajian penyelidikan yang dijalankan. Dr. Vijay menjelaskan bahawa tanpa kerjasama Taman-Taman Sabah, khususnya penyelidik-penyelidik termasuklah Pegawai-Pegawai mereka, usaha beliau dan rakan-rakan penyelidik dari UMS tidak akan berhasil.
Penyelidikan yang dilakukan juga secara spesifik memfokus kepada kajian mengenai molekular genetik Orkid. Prof. Datin Dr Ann Anton, Pengarah Institut Penyelidikan Bioteknologi, bertanggungjawab dalam mengemukakan cadangan penyelidikan ini. Beliau telah membentuk satu pasukan penyelidik dari pelbagai bidang pengkhususan bagi menghasilkan satu dapatan kajian yang meliputi semua aspek. Dr. Zaleha Aziz, selaku ketua penyelidik, dan Prof. Madya Datin Dr Mariam Abd Latip, kedua-duanya adalah pakar dalam teknik penganalisaan sel tisu (tissue-culture). Prof. Madya Dr Vijay Kumar terlibat dalam mengkaji pemuliharaan genetik dan strategi pertumbuhan. Kenneth F. Rodrigues, pembantu makmal yang secara sepenuh masa membantu Dr Vijay mengekstrak dan mendapatkan maklumat perkembangan DNA orkid. Menurut Dr Vijay, galakan dan keprihatinan Prof Datin Dr Ann dalam menjalankan projek ini amat signifikan dengan kejayaan yang diperolehi. Projek ini mendapat dana IRPA.
Projek penyelidikan bersama Taman-Taman Sabah ini telah memakan masa selama tiga tahun, adalah juga bertujuan untuk menghasilkan proses pembenihan semula kedua-dua jenis orkid melalui kaedah pembenihan secara genetik. Hasil kajian telah dapat mengenalpasti faktor melibatkan DNA dan klorofil yang menentukan perkembangan pertumbuhan kedua-dua orkid. Penemuan juga dapat mengesan faktor-faktor mikro yang pelbagai untuk menentukan persamaan genetik dan sebagainya. Selain itu, kajian ini juga telah menemui kaedah atau model yang boleh meningkatkan lagi perkembangan genetik orkid sekaligus dapat memelihara, memulihara dan mempertingkatkan pertumbuhan semula kedua-dua jenis orkid yang hampir pupus ini.
Hasil daripada penyelidikan ini juga telah membolehkan Dr Vijay dan rakan-rakan, termasuk En Yeoh Keat Ai, mencipta Kit Pengesanan DNA Orkid yang dinamakan Kit_V2. Mungkin tidak ramai yang menyedari nilai orkid kecuali mereka yang benar-benar meminati bunga ini. Pada tumbuhan orkid itu sebenarnya terkandung ciri-ciri unik yang membezakan ianya dengan tumbuhan peliharaan lain. Selain mempunyai corak daya tumbuh dan daya hidup yang lasak, orkid juga boleh menambah keceriaan sesebuah taman atau rumah kediaman. Dilaporkan bahawa nilai sejambangan orkid boleh mencecah ribuan ringgit. Malah orkid juga menjanjikan perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.
Pernah dilaporkan bagaimana orkid dari negara ini cuba diseludup ke luar negara dalam bentuk benih. Selain itu, hidupan orkid ini hanya terdapat di tempat-tempat tertentu sahaja. Negeri Sabah amat bertuah kerana struktur tanah dan iklimnya memang amat sesuai dengan tumbuhan ini. Justeru, langkah bagi mengawal khazanah nasional ini perlu dipertingkatkan. UMS dalam hubungan ini komited menghasilkan Kit Pengesanan yang dinamakan “Orkid DNA Fingerprinting Kit_V2.” Untuk makluman lanjut mengenai penemuan ini, para pembaca boleh menghubungi Institut Penyelidikan Bioteknologi (Prof Madya Dr Vijay Kumar, tel. 088-320000).

Comments
Post a Comment