BICARA CANSELERI: PENCAPAIAN WARGA IPT
Berita Harian, ms.14, 28 April 2009
Norliza Abdullah, lizz@bharian.com.my (sumber Jakaria Dasan)
Pelaksanaan Indeks Prestasi Kakitangan perlu bagi mengukur kemampuan, keberkesanan pengurusan
INDEKS Prestasi Kakitangan yang disarankan kerajaan adalah antara langkah perlu dilaksanakan setiap pengurusan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan pihak pengurusan memperkasakan sistem pengurusan sedia ada. Program itu sejajar usaha menjadikan Malaysia hub pendidikan tinggi serantau dengan menjadikan IPT pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan berterusan. Sehubungan itu di setiap institusi berkenaan sama ada kerajaan mahupun swasta, masing-masing perlu sistem standard dalam menilai prestasi kakitangan akademik mahupun pentadbir. Malah ia boleh diguna pakai dalam menilai prestasi pelajar bagi memastikan masing-masing konsisten dalam proses mencapai tahap akademik, seimbang dan berkualiti.
Jika kaedah penilaian ini sudah dilaksanakan di peringkat swasta, namun ia masih belum terlambat bagi sektor kerajaan melaksanakannya bagi memastikan standard pendidikan tinggi negara kekal cemerlang dengan kos pengajian lebih berdaya saing. Pemerhatian saya mendapati, kaedah pengurusan berkesan dalam sesebuah organisasi kunci utama kepada kejayaan. Ini dapat dilihat apabila semua warga kampus iaitu daripada golongan akademia, pentadbir mahupun pelajar sendiri. Menerusi taklimat serta motivasi dan bimbingan berterusan, masing-masing mempunyai tugas untuk dilaksanakan bagi memberikan yang terbaik, selain mendapatkan kecemerlangan akademik sebagai persiapan memasuki dunia pekerjaan. Pihak pengurusan sebagai contoh perlu melaksanakan tugas dengan dedikasi, selain memastikan tugas dijalankan dengan sempurna dan memenuhi keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar pelbagai peringkat.
Tugas pengurusan juga semakin mencabar kerana mereka bukan hanya berhadapan dengan urusan pelajar tempatan malah kemasukan ramai pelajar asing terutama di peringkat pascaijazah menjadikan beban tugas meningkat. Begitu juga dengan tenaga pengajar, tugas mereka tidak terhad di dewan kuliah kerana ledakan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut mereka meningkatkan pengetahuan mengenai isu berkaitan bagi memastikan apa yang disampaikan kepada pelajar adalah maklumat terkini relevan dengan perkembangan industri semasa. Kumpulan pengajar berpengetahuan dan memiliki daya kepimpinan tinggi menjadi aset sesebuah IPT dalam mengekalkan daya saing.
Semua bidang tugas ini menuntut kepada kesungguhan, disiplin serta keyakinan tinggi dalam proses mengekalkan kecemerlangan bagi setiap IPT. Sebagai peneraju sesebuah institusi pula, tanggungjawab mereka semakin berat kerana semuanya perlu dinilai dari semasa ke semasa, selain menyuntik semangat serta motivasi kepada golongan sasar untuk terus memberikan yang terbaik.
Indeks prestasi kakitangan ialah kayu pengukur yang jelas menggambarkan kesungguhan kakitangan dalam melaksanakan tugas diamanahkan, selain keputusan cemerlang dicapai pelajar sebagai bukti mereka melaksanakan tanggungjawab. Bagi mencapai kecemerlangan akademik, semua pihak memainkan peranan, selain memastikan rangkaian di peringkat antarabangsa diperkasakan menerusi jalinan kerjasama pintar dalam menyalurkan maklumat tambahan bidang pengajian mahupun penyelidikan bersama.
Memandangkan standard pendidikan negara diiktiraf global, penting bagi warganya berada pada landasan itu. Ia perlu dilaksanakan dengan meningkatkan jaringan kerjasama menerusi institusi pengajian luar negara yang berjaya. Kecemerlangan berterusan itu bukan hanya dinikmati universiti semata-mata kerana pelajar yang mengikuti pengajian di situ juga mendapat kreditnya. Ini kerana penilaian pihak luar mencakupi pencapaian universiti itu sendiri dalam menjana modal insan berdaya saing sebagai tunggak memacu Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
Pada peringkat permulaan, UMS menggubal menyediakan suatu penanda aras baru yang relevan dan memberi tumpuan golongan sasar iaitu pelajar dengan mensasar objektif yang sesuai dan mampu dicapai. Kita tidak mahu meletakkan penanda aras yang membebankan semua pihak, ia perlu bersifat ideal dan mampu dicapai menerusi pelaksanaan secara sistematik serta mudah dipatuhi dan dihormati semua warganya.

Comments
Post a Comment