BENGKEL PETUNJUK PRESTASI UTAMA UMS

The New Sabah Times, ms.7, 19 April 2009
JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my

Dalam ucapan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau menyentuh mengenai konsep “Satu Malaysia – Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.” Dimana Petunjuk Prestasi Utama atau ringkasnya Key Performance Indicator (KPI) akan menjadi teras utama kepada ketelusan pentadbiran kepimpinan beliau untuk tempoh seterusnya. Dalam hubungan ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Bengkel KPI bagi menyokong wawasan Perdana Menteri itu. Selaku Institusi Pengajian Tinggi Awam, KPI merupakan suatu ‘benchmark’ yang mampu melonjak prestasi universiti untuk menyediakan kumpulan pengajar yang mantap serta menghasilkan modal insan yang berdaya saing di masa hadapan. Mahasiswa mahasiswi perlu diberikan bimbingan dan asuhan yang akan mengasah ilmu dan kemahiran melebihi capaianbiasa. Justeru, selaku pembimbing dan penggerak, kakitangan UMS perlu memperlengkapkan diri dengan kehebatan peribadi yang unggul. Oleh yang demikian, usaha memperkenalkan KPI di setiap Jabatan, Sekolah, Pusat, Institut dan Unit (JSPIU) di UMS merupakan pendekatan yang mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

KPI bukanlah suatu terma baharu. Secara sedar atau tidak amalan KPI telah lama dipraktiskan yang menjurus kepada peningkatan kualiti kerja. Namun, pelaksanaan amalan-amalan KPI tidak begitu serius ditekankan dan seringkali bersifat sementara sahaja. Apa yang penting dalam KPI ialah penetapan suatu ukuran prestasi ke atas sasaran yang perlu dicapai dan setakat mana ia mampu dicapai. Semakan berterusan perlu dijalankan dengan tujuan untuk penambahbaikan, sekaligus mendidik kakitangan untuk menyedari tahap sebenar kemampuan pencapaian masing-masing. “Dengan petunjuk prestasi, kita mampu mengetahui perkembangan proses kerja yang telah kita jalankan dan kita akan lebih terdorong dan berinisiatif untuk melipatgandakan usaha sedia ada,” kata Kol. Prof. Datuk Dr Kamaruzaman. Katanya, “melalui KPI juga, anda akan lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri, dan jabatan masing-masing. Saya percaya maklumat itu akan dapat dijadikan sebagai teras bagi merangka strategi yang lebih efektif di masa hadapan.

Sehubungan itu, KPI turut mengarah kepada tindakan yang berorientasikan pencapaian objektif dan matlamat. Sebagaimana yang ditekankan melalui pelaksanaan KPI oleh Perdana Menteri, iaitu agar kita lebih menyedari tanggungjawab kita sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab kepada rakyat, maka pematuhan kepada KPI akan menjadikan kita lebih fokus kepada tugas dan tanggungjwab. “Secara umumnya, kita akan sentiasa beramanah dalam kerja kita dan dengan sendirinya kita akan sentiasa bersikap suka merendah diri. Ini adalah nilai yang terbentuk jika KPI dilaksanakan sepenuhnya. Dimana kita sendiri dapat melihat dan sedar mengenai kemampuan sebenar. Untuk peringkat permulaan, saya tidak berhasrat untuk kita menggubal atau menyediakan suatu KPI yang telalu tinggi ‘standardnya’. Kita perlu berpijak di bumi yang nyata dengan bersikap realistik kepada petunjuk yang sesuai dan mampu dicapai. KPI perlu dilihat sebagai suatu yang tidak membebankan. Sebaliknya ia hendaklah dijadikan suatu ‘benchmark’ yang seronok untuk dicapai.

Beliau berharap, semua peserta yang mengikuti bengkel ini dapat memberi intepretasi yang jelas mengenai KPI masing-masing dan kaedah pelaksanaannya yang sistematik dan mudah untuk dipatuhi. “KPI perlu dijadikan sebagai garis pengukur yang dihormati dan ditaati oleh semua orang yakni kakitangan kita. Karisma adalah suatu proses yang panjang dan mengambil masa yang lama. Ia dibina setiap hari dan dengan berusaha menghormati dan mentaatinya, maka lama-kelamaan kita akan dengan sendirinya dapat menyelami maksud dan memahami tujuannya tanpa perlu diarah,” kata Naib Canselor.

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH

KRONOLOGI MASYARAKAT PERIBUMI SABAH SEDASAWARSA SEBELUM MERDEKA

THE ESSENCE OF EFFECTIVE COMMUNICATION