UMS MULAKAN PELAKSANAAN KPI SECARA SERIUS
The New Sabah Times, ms.9, 21 April 2009
JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my
Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj Ampon, Naib Canselor UMS, menyerahkan KPI setiap Ketua-Ketua Jabatan di UMS pada Majlis Penutupan Bengkel KPI UMS yang telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula pada 18 April itu, telah secara spesifik membincangkan mengenai Petunjuk Prestasi Utama setiap jabatan dan sekolah di UMS (Key Performance Indicator) yang akan dijadikan sebagai panduan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran serta tadbir urus UMS keseluruhannya.
Bengkel ini telah dibimbing oleh pakar prestasi iaitu Prof. Dr. Amat Taap Hj Manshor. Beliau merupakan konsultan yang sering diundang oleh Malaysia Productivity Corporation, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta bagi mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan prestasi termasuklah KPI. Berasal dari Kg Ranggu Tawau, dan pernah berkhidmat di Kumpulan Guthrie, Intel Electronic, Multimedia University dan Managment and Science University. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan.
Menurut Prof Dr Amat Taap KPI telah lama dilaksanakan di sektor swasta. Di sektor awam ianya turut dilaksanakan tetapi pelaksanaannya adalah tidak menyeluruh. KPI merupakan alat yang sangat penting dalam menanda aras kemajuan organisasi. “Secara langsung, KPI menekankan pencapaian matlamat organisasi, yang memfokus kepada pelaksanaan tanggungjawab kakitangan dan menjadi panduan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.” Ulas Prof Dr Amat Taap ketika ditanya mengenai kesesuaian mewujudkan KPI di Institusi Pengajian Tinggi. Tambah beliau lagi, sesuai dengan peranan Universiti, maka KPI sebenarnya adalah didasarkan kepada budaya yang berteraskan prestasi atau “Performance based Culture.”. Justeru, bagi membolehkan sesebuah universiti berdaya saing dan berdaya tahan, maka ia perlu melihat KPI sebagai alat yang utama pada masakini. Apatah lagi dengan cabaran globalisasi yang menuntut lonjakan prestasi setiap kakitangan di IPT.
“Semua ketua-ketua jabatan dan pegawai di peringkat Jabatan, Sekolah, Pusat, Institut dan Unit telah memberikan komitmen yang amat baik dalam menjayakan Bengkel KPI selama tiga hari ini. Dalam pemerhatian saya, di Sabah, UMS telah mula menonjolkan dirinya dengan KPI. Sehubungan itu, saya berharap agar pelaksanaan KPI UMS ini disahut dengan komitmen yang tinggi. Kita perlu menjadi role-model kepada usaha yang telah dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” sebahagian daripada ucapan Kolonel Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj Ampon, Naib Canselor. Selain Pegawai-Pegawai Utama UMS, Majlis itu turut dihadiri oleh Tuan Hj Mohd Zaki Ibrahim Pengarah MPC Sabah.

Comments
Post a Comment