MINGGU MERIAH, UNIVERSITI CERIA
{Utusan Borneo, m/s. 9, 5 Julai 2008}
{ New Sabah Times, m/s. 8, 5 Julai 2008}
JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my
Minggu Suai Mesra UMS Sesi 2008/2009 menyaksikan bukan sahaja siswa siswi baru berbondong-bondong memasuki UMS. Malahan turut bersama mereka itu, ibu bapa dan ahli keluarga menghantar anak-anak yang selama ini telah diasuh dan akhirnya berjaya menjadi penuntut universiti. Khabarnya lapangan terbang Terminal 1 dan Terminal 2 dipenuhi dengan pelajar dan ibu bapa yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan juga dari luar negara. “Selamat Datang Siswa/Siswi Baru 2008/2009.” Menghiasi pintu pagar masuk ke UMS. Turut kelihatan kumpulan pelajar yang bersama ibu bapa dan yang lainnya bersama rakan-rakan pelajar yang baru dikenali. Masing-masing dengan telatah tersendiri. Ada pelajar yg sempat bergambar dengan "pose" istimewa. Mungkin untuk dihantar balik ke kampung halaman buat mengubat rindu ayah dan ibu kepada anak yang berseorangan mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah.
Beg-beg berisi pakaian dan pelbagai peralatan lain, sarat muatannya. Namun pada hari itu seperti ringan pula diangkat dan diheret. Almaklum, dapat menjejak kakit ke universiti. Seorang adik kecil masih memegang tangan kakaknya yang menunggu giliran untuk mendaftar masuk ke Kolej Kediaman. Sesekali bila sudah jenuh berdiri bersama kakaknya, ia berlari dan duduk di cafe bersama kedua ibu bapa yang sabar menunggu sehingga anak mereka selesai mendaftar. AJK Pendaftaran Kolej kediaman yang menggabungkan pegawai-pegawai HEP dan pelajar senior UMS tenang melaksanakan tugas. Semuanya berjalan lancar kerana telah 14 tahun UMS bertapak di Sabah. Tarikh 28 Jun 2008 menyaksikan seramai 4,065 orang siswa siswi baru UMS membanjiri UMS. Minggu mesra, suasana meriah, Universiti ceria!
Majlis Ceramah Ibu Bapa turut diadakan pada hari berikutnya. Para ibu bapa diberikan keyakinan mengenai keselamatan, kesejahteraan dan pelbagai kelebihan yang bakal dinikmati oleh anak-anak mereka di UMS. Naib Canselor UMS, Lt Kol Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon bersama-sama dengan Prof Dr Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor UMS, menyambut kedatangan ibu bapa sambil memberikan jaminan bahawa UMS mampu mempertingkatkan lagi kecemerlangan akademik para pelajarnya. Keistimewaan UMS adalah dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak mudah disaingi oleh mana-mana IPTA. Flora dan fauna, kepelbagian etnik, sumber alam serta khazanah marin adalah sumber yang amat berguna yang akan memantapkan lagi pembelajaran dan penyelidikan siswa siswi UMS. Semuanya menuntut suatu kesepaduan di antara tenaga akademik dan siswa siswi itu sendiri.
Para ibu bapa yang datang dari luar negeri Sabah juga diberikan jaminan bahawa keunikan negeri ini turut dipaparkan melalui pergaulan akrab dan mesra masyarakatnya yang terdiri dari berbilang suku kaum dan agama. Sikap toleransi dan sifat kesederhanaan masyarakat negeri ini akan memberi pengalaman yang amat berguna buat mereka yang berpeluang menjadi siswa siswi UMS.
Dalam sidang media yang diadakan di hari pendaftaran Minggu Suai Mesra, Prof Datuk Dr Kamaruzaman menceritakan bagaimana beliau sendiri secara peribadi mengakui bahawa sewaktu hari pertama beliau menjejakkan kaki ke universiti dahulu, itu adalah hari yang paling diingati oleh beliau. Pada hari pendaftaran itulah terbit perasaan gembira yang sebenarnya. Kegembiraan itu turut dirasai oleh kedua orang tua yang berjaya mempastikan anak-anak mereka memasuki universiti. Justeru itu, langkah mengadakan Sesi Ceramah Ibu Bapa pada hari pendaftaran pelajar baru sentiasa diadakan oleh UMS. ”Saya suka menekankan peri pentingnya menjadikan universiti ini sebagai sebuah universiti yang mudah didampingi masyarakat sebagaimana yang telah dilakukan selama ini. Sehubungan dengan itu, elemen-elemen keceriaan akan diperhebatkan lagi. Antara lain, elemen-elemen itu ialah dengan mempertingkatkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi, menyemarakkan budaya penyelidikan yang berfokus kepada memulihara alam semulajadi dan menjadikan elemen-elemen ini sebagai pemangkin kepada kecemerlangan akademik siswa siswi UMS.” Tegas Naib Canselor ketika ditanya mengenai wawasan pentadbiran beliau sebagai Naib Canselor UMS.
Globalisasi tidak semestinya memberikan kemajuan dalam kehidupan. Kemajuan atau pembangunan yang terhasil jika tidak dikawal sebaiknya akan membawa kepada kemudaratan hidup manusia itu sendiri. Pemuliharaan alam sekitar mudah terancam dan akhirnya proses kehidupan manusia tercabar dan menjadi semakin sulit. Menariknya UMS ialah kerana kesungguhan universiti ini mengekalkan kehijauan di sepanjang jalan dalam kampus. Tambahan pula ianya diapit oleh laut yang tenang dan dipagari oleh gunung Kinabalu yang tinggi menawan. UMS bertekad untuk mempastikan identiti "Green Campus" ini akan terus dipelihara kerana kehijauan itu telah menceriakan lagi universiti ini.
”Dengan kerjasama dan sokongan jentera pengurusan yang ada, saya akan memperkembangkan kempen gaya hidup sihat di kalangan warga kampus, termasuklah mahasiswa mahasiswi sekalian. “Perlu diingat kepada siswa siswi sekalian, dalam mengejar ilmu jangan sekali-kali saudara saudari lupa untuk menjaga kesihatan. Kesihatan adalah tunjang kepada kecemerlangan individu. Bagi menjaga kesihatan dan kecergasan, banyak kemudahan yang dibangunkan antaranya gymnasium, stadium, padang bola, padang hoki dan sebagainya yang mempunyai teras untuk melahirkan warga kampus yang sihat.” petikan ucapan Naib Canselor semasa menjelaskan mengenai kempen gaya hidup sihat yang akan dirancakkan lagi aktiviti-aktivitinya kelak.
Setinggi mana pun ilmu kita kejar, jika kesihatan tidak terpelihara, maka kita mungkin tidak mendapat manfaatnya atau berkongsi manfaat itu dengan keluarga dan masyarakat kita. Penyelidikan dan pembelajaran akan sedaya upaya menjurus kepada agen-agen yang menyumbang kepada kesihatan seperti pemakanan yang sihat, aktiviti yang selamat, dan seumpamanya. Akhirnya, warga UMS mampu menjadi warga yang efisien dan produktif. Walaupun UMS dikategorikan sebagai universiti komprehensif, tetapi dengan prasarana asas dan sumber semulajadi, UMS yakin mampu menghasilkan hasil-hasil penyelidikan yang memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat sejagat. Dalam Majlis Amanat beliau, Naib Canselor menegaskan kepada siswa siswi agar mempertahankan dan memperjuangkan identiti, tradisi, budaya dan nilai agar semuanya ini akan menjadi pemangkin kepada para siswa siswi meniti cabaran menjadi graduan berjaya dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan negara sebagai modal insan minda kelas pertama yang cemerlang.
Pentas persaingan pada masa ini bukan lagi berlegar diperingkat negeri dan negara semata-mata. Sebaliknya cabaran dan dugaan adalah global sifatnya. Tanpa ada pengisian ilmu yang mantap, amat sukar untuk para graduan menempuh cabaran. Justeru, pada peringkat awal ini, siswa siswi Universiti Malaysia Sabah perlu menanamkan azam dan tekad untuk menjadi insan yang gemilang di masa hadapan. Universiti Malaysia Sabah amat berbangga dengan kehadiran siswa siswi sesi 2008/2009. Dalam seminggu yang meriah, UMS mampu menerbitkan perasaan yang ceria di kalangan siswa siswi baru ini. Di bahu mereka disandarkan harapan menjadi penerus kegemilangan UMS yang telah dirintis oleh graduan-graduan terdahulu. Seluruh warga pengurusan dan pentadbiran UMS serta pelajar-pelajar senior mengalu-alukan 4,065 orang ahli keluarga UMS yang baru.

Comments
Post a Comment