PERAIRAN LAUT SABAH YANG INDAH DAN SELAMAT
New Sabah Times, ms.9, 18 Mei 2009
JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my
Ekspedisi pelayaran mengelilingi perairan Sabah menggunakan bot tradisi suku kaum Bajau yang dikenali sebagai UMS-Perangkang yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ismail Ali (UMS) bermula pada 18 April hingga 6 Mei 2009 lalu telah membuktikan bahawa perairan Sabah sebenarnya adalah sangat indah, selamat dan terkawal. Menurut Ismail, sepanjang ekspedisi pelayaran tersebut mereka sentiasa terserempaak dengan kapal dan bot peronda Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan dan Pasukan Gerak Am (PGA) yang sedang membuat rondaan bagi mengawal keselamatan perairan Sabah. Tambah Ismail lagi, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perairan Sabah kurang selamat adalah tidak benar dan kes penculikan rakyat Malaysia dan asing di pulau Pandanan dan Mabul beberapa tahun lalu oleh kumpulan Abu Sayyaf adalah kes terpencil dan berlaku secara kebetulan sahaja yang mana ianya timbul akibat daripada pergolakan politik di selatan Filipina pada waktu itu.
Di samping itu, ekspedisi ini juga dapat menyaksikan sendiri betapa luasnya kawasan perairan Sabah yang saban hari dikawal oleh pihak Polis Marin dan Pasukan Gerak Am. Berdasarkan kepada tinjauan mengenai tahap keselamatan, adalah didapati bahawa tahap pertahanan perairan Sabah-Filipina-Indonesia adalah terkawal namun tahap keselamatan dan kesejahteraan dalaman di perairan Sabah seperti aktiviti penyeludupan, rompakan, kemasukan pendatang asing, penyalahgunaan bahan letupan (bom ikan) dan sebagainya masih boleh ditembusi dan perlu diberi perhatian sewajarnya.. Ismail berkata bahawa tugas untuk mengawal keselamatan perairan Sabah bukanlah merupakan satu tugas yang mudah berdasarkan kepada faktor geografi perairannya yang terlalu luas tambah pula cuaca yang sudah tidak menentu lagi akibat fenomena global yang memberi kesan kepada keadaan cuaca di perairan Sabah sendiri.
Dalam hal ini, Ismail mencadangkan agar sudah tiba masanya pihak kerajaan menimbang untuk melaksanakan pembinaan beberapa pos atau pelantar di laut secara tetap di perairan Pulau Tambisan yang berdekatan dengan pulau Tawi-Tawi, perairan pulau Silingan dan Bakungan Kecil di Sandakan yang berdekatan dengan pulau Cagayan dan Taganak dan perairan pulau Banggi di Kudat yang berdekatan dengan pulau Palawan, perairan pulau Sebatik di Tawau untuk dikongsi bersama oleh Pasukan Polis Marin, PGA dan APMM dalam menjalankan misi dan visi keselamatan.
Kawasan perairan tersebut merupakan “kawasan panas” dan antara ruang utama kepada kemasukan pendatang tanpa izin (PTI), penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing. Selain untuk tujuan pertahanan dan keselamatan, pos atau pelantar ini juga boleh digunakan sebagai “check point” kepada semua bot dan kapal yang menjalankan perdagangan barter-trade dan feri asing yang membawa penumpang dari Palawan, Cagayan, Tawi-Tawi–Zamboanga-Nunukan sebelum memasuki sepenuhnya perairan Sabah.
Pembinaan pos atau pelantar tersebut akan dapat mengurangkan lagi kemasukan pendatang tanpa izin (PTI), penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing di utara, timur dan tenggara Sabah. Dalam ekspedisi tersebut, Ismail juga melahirkan kebimbangan terhadap beberapa buah pulau pasir yang mula terhakis teruk dan berpotensi untuk tenggelam pada masa hadapan akibat pemanasan global yang melanda dunia pada masa kini. Umpamanya, pulau Gulisan di Sandakan yang menjadi tumpuan penyu untuk bertelur dan pusat pembiakan penyu oleh Taman-Taman Sabah jelas terhakis dan terancam. Selain itu, ekspedisi ini juga turut menemui beberapa ekor penyu dewasa mati diperairan pantai timur dan barat Sabah yang dipercayai tertangkap dalam operasi menangkap ikan.
Mosli Tarsat (UMS) selaku penyelidik dan pelayar dalam ekspedisi ini pula mengusulkan agar mana-mana “tompokan batu atau pasir kecil” yang keluasannya kurang daripada satu kilometer persegĂ yang sukar untuk diistilahkan sebagai pulau dan tidak bernama harus dipetakan dan beri nama. Menurut beliau, nama-nama pulau yang kurang terkenal dan diwartakan dalam peta Sabah yang diberi nama berdasarkan kepada gelaran yang diberikan oleh penduduk pulau dan berbunyi bahasa asing seperti pulau Bush, pulau Patanunam, Pagassan, Balak-Nalak, Modom, Panukaran, Latoan, Batawan, Buwaning,Kukuban, Straggler dan sebagainya harus dijenamakan semula menggunakan nama Malaysia. Menurut Mosli lagi, nama-nama pulau berkenaan adalah nama-nama yang pernah diberikan oleh British dan Kesultanan Sulu semasa zaman penjajahan dahulu dan kini Sabah sudah bebas dari era penjajahan dan merdeka selama 46 tahun dalam Malaysia.
Ekspedisi ini juga turut melahirkan kebimbangan terhadap pencemaran laut terutamanya pembuangan sampah sarap yang tidak larut dalam air seperti botol plastik, beg plastik dan pelbagai bahan buangan lain secara tidak bertanggungjawab oleh penduduk yang tinggal di kampung air terutamanya di perairan pinggir pantai dan pulau di Semporna, Sandakan, Tawau dan Kudat. Dalam hal ini, kesedaran, keprihatinan dan rasa tanggungjawab penduduk terhadap alam sekitar adalah kunci utama persoalan ini. Secara keseluruhannya, ekspedisi perlayaran ini juga telah mengesahkan lagi fakta bahawa Sabah sebagai sebuah negeri maritim dalam Malaysia yang cukup bertuah kerana dianugerahkan dengan pelbagai pulau, hidupan marin dan kepelbagaian etnik dan kebudayaan komuniti pulau.
Menurut Ismail, “ Sabah merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang diombaki oleh tiga laut iaitu Laut China Selatan di bahagian pantai barat, Laut Sulu di pantai timur dan Laut Celebes di tenggara”. Tambah Ismail lagi bahawa sudah tiba masanya rakyat Sabah menghargai pemberian dan anugerah Tuhan ini dengan tidak melakukan pelbagai aktiviti yang boleh memberi impak kepada ekosistem marin. Mengenai pencalonan Pulau Sipadan sebagai tujuh keajaiban alam semulajadi dunia, Ismail berkata semua rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya harus memberikan sokongan padu dalam kempen tersebut dengan memberikan undi mereka melalui www.new7wonders.com/nature. -

Comments
Post a Comment