MATEMATIK PENJANA KECEMERLANGAN MASYARAKAT
The New Sabah Times, ms.9, 19 Mac 2009
JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my
Ilmu matematik adalah ilmu yang menggunakan medium angka atau nombor. Istimewanya ilmu matematik ialah ianya tidak memerlukan huraian yang panjang untuk menjelaskan penyelesaian yang dihasilkannya. Ia mudah difahami kerana perkaitan logik yang mudah diinterpretasikan dengan kehidupan manusia dan persekitaran. Bahasa pengantar bagi menjelaskan ilmu matematik boleh menggunakan pelbagai bahasa, asal sahaja ia mudah dilaksanakan, yakni mudah dikuasai oleh kumpulan masyarakat itu sendiri. Penyampaian sabjek matematik dalam bahasa Inggeris yang sejak kebelakangan ini menjadi isu hangat adalah sesuatu yang wajar difikirkan oleh semua anggota masyarakat dari peringkat kepimpinan sehinggalah kepada individu yang melibatkan murid atau pelajar itu sendiri.
Pada satu sudut yang lain, aspek perkembangan teknologi dan sejauhmana teknologi itu mudah digunakan oleh masyarakat luar bandar juga perlu menjadi asas kepada perbincangan mengenai isu ini. Tahap perkembangan teknologi yang berlaku dalam kelompok masyarakat bandar dan luar bandar masih begitu ketara. Pada ketika, deretan kedai di bandar mempunyai lebih daripada empat atau lima kedai Cybercafe, kedai di pekan kecil di luar bandar masih belum mempunyai walau sebuah kedai berkenaan. Ini sudah dapat menjelaskan bahawa tahap pengetahuan pelajar di bandar dan luar bandar masih lagi ada jurangnya. Selain itu, belum ada fakta jelas yang menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sudah boleh dituturkan secara terbuka di kalangan penduduk kampong. Masih terdengar sindiran-sindiran nakal seperti “ha..dia tu cakab separuh Inggeris, separuh Melayu...berlagak ja.”
Namun, walau apa pun tanggapan masyarakat mengenai kemelut pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris pada hari ini, kita wajar melihat ke depan. Setiap langkah yang diambil, pasti ada rasionalnya. Sebagai contoh, bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara terpenting di dunia. Semua Negara menterjemahkan bahasa mereka ke dalam bahasa Inggeris. Secara langsung, proses pemindahan ilmu termasuk ilmu matematik turut berlaku. Sama-sama kita renungkan dan berfikirlah secara positif.
Semua pihak khususnya institusi ilmu wajar bersama mempastikan ilmu matematik dapat terus diperkasakan pengajaran dan pembelajarannya. Dalam hubungan ini, maka Universiti Malaysia Sabah sekali lagi tampil melaksanakan peranannya dalam mempastikan budaya keilmuan dapat terus disemarakkan. Usaha berterusan bagi menjadikan ilmu matematik khususnya, sebagai suatu cabang ilmu yang sebenarnya mudah untuk difahami, begitu giat dilaksanakan khususnya oleh Sekolah Sains dan Teknologi dimana program Matematik ditawarkan.
Dengan tema “Matematik Penjana Kecemerlangan Masyarakat,” Kem Matematik Bestari buat kali yang ke 11 telah diadakan bertempat di SMK Tandek Kota Marudu bermula dari 12 hingga 15 Mac 2009. Program selama 3 hari ini adalah kerjasama UMS, melalui Sekolah Sains dan Teknologi dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, dengan Unit Sains dan Teknologi Jabatan Ketua Menteri Sabah. Pengerusi penganjur, Prof Madya Dr Jualang Azlan Gansau dalam ucapan alu-aluan perasmian, menjelaskan bahawa objektif Kem Matematik Bestari ini adalah untuk memupuk minat, meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di samping memberi pendedahan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian pelajar. Beberapa aktiviti menarik dijalankan bagi meningkatkan penguasaan matematik di kalangan pelajar SMK Tandek.
“Kem Matematik Bestari tidak mampu menjadikan para pelajar yang terlibat terus pandai sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya Kem ini mampu menghilangkan rasa fobia para pelajar kepada Matematik,” Dr. Jualang. Tumpuan aktiviti adalah di kalangan pelajar Tingkatan Tiga yang terlibat dalam 9 slot aktiviti kesemuanya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuklah Rekreasi Matematik I, Rekreasi Matematik II, Pertandingan Menganggar, Geometri Minda, Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Tangram, “Now You Do, Now You Understand,” Sudoku dan “Speed Plus Plus” dan Ceramah Khas. Fasilitator semua aktiviti adalah mahasiswa mahasiswi program matematik UMS dengan seliaan pensyarah-pensyarah program Matematik, SST. Melalui beberapa pendekatan yang menarik, setiap peserta dapat meneroka dan menghayati keindahan ilmu matematik di samping mengaplikasikan kemahiran yang diasuh dalam menilai dan menganalisa perkaitan di antara fenomena alam dan teori matematik yang berlaku di sekeliling mereka. Para guru juga dilibatkan sama dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, sesi Ceramah Motivasi juga diadakan kepada para ibu bapa, guru-guru dan para pelajar Tingkat 3, 4 dan 5. Bertempat di Dewan SMK Tandek, para ibu bapa dan para pelajar telah berpeluang mendengar ceramah motivasi oleh Profesor Madya Dr. Jedol Dayou, Pensyarah di Sekolah Sains dan Teknologi UMS. Ceramah beliau adalah berkaitan dengan tajuk keazaman untuk berjaya. Beliau yang berasal dari Tandek membentangkan beberapa kejayaan pendidikan anak-anak dari daerah Tandek khasnya dan Kota Marudu amnya. Beliau percaya kecemerlangan tersebut akan dapat diteruskan oleh para pelajar asal sahaja ada keazamaan atau tingkat kepercayaan yang tinggi untuk berjaya.
Ceramah bertajuk “Komunikasi Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik” pula disampaikan oleh En Jakaria Dasan, pemangku Ketua Bahagian Perhubungan Korporat UMS. Beliau adalah antara guru terawal yang pernah menjadi guru Matematik di SMK Tandek sejak tahun 1992 hingga tahun 1995. Beliau menyampaikan beberapa pendekatan praktikal yang pernah digunakannya semasa menjadi guru matematik merangkumi nilai-nilai pengajaran dan pembelajaran. Antara yang digunakan oleh beliau ialah nilai-nilai seperti teliti, hati-hati, unsur logik dan rasa seronok. Beliau juga menekankan peri pentingnya pelajar mempunyai motto untuk berjaya. Dan motto itu hendaklah disandarkan kepada memenuhi impian dan cita-cita ibu bapa. Beliau menceritakan kepada para pelajar mengenai resepi kejayaan beliau sehingga kini yang sebenarnya telah dirangsang oleh kata-kata semangat ayah beliau, “sekul misti mau langah” (sekolah/belajar mesti sampai ke peringkat paling tinggi). Kata-kata semangat itulah yang telah dijadikan motto untuk berjaya dalam pelajaran.
Prof. Dr. Vincent Phang, Pengarah Pusat UMS, turut menjayakan lagi Kem Matematik Bestari kali ini dengan menyampaikan ceramah khas khusus kepada warga guru SMK Tandek. Ceramah beliau adalah fokus ke arah mencemerlangkan lagi teknik pengajaran para guru. Sekaligus, menghasilkan pelajar yang berkualiti tinggi. Guru-guru merupakan pendukung utama kepada kecemerlangan pelajar. Justeru, kefahaman yang jelas di kalangan guru mengenai tatacara pengajaran oleh guru dan pembelajaran di kalangan pelajar perlu direncanakan dengan jelas dan mudah pelaksanaannya.
Prof Madya Dr Ho Chung Moon, Ketua Program Matematik dan Ekonomi, SST, UMS, bersama-sama dengan Prof Dr Amran Ahmed pernah memenangi pingat Perak di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa kali 32 yang berlangsung di Geneva pada tahun 2004. Ciptaan inovasi Matematik mereka dinamakan "Twist Your Mind" yang berlandaskan kepada aspek ilmu Matematik sebagai suatu ilmu yang menarik untuk dipelajari. Matematik melatih manusia untuk berfikir secara teliti dimana dalam setiap permasalahan mempunyai rumus tertentu yang boleh diaplikasikan sebagai jalan penyelesaiannya. Alat Bantu Mengajar (ABM) amat penting dalam menerangkan mengenai konsep Matematik. Konsep "Twist Your Mind" menggunakan bongkah-bongkah kayu yang diukir khas menyerupai pelbagai bentuk yang merupakan ABM yang seronok diaplikasikan. Sejak kejayaan merangkul pingat Perak itulah, Dr. Ho bersama-sama Prof Dr Amran dengan dibantu oleh Prof Dr Vincent dan Dr Patricia kemudiannya telah menghasilkan suatu ciptaan baru yang berkaitan dengan bongkah-bongkah matematik dinamakan "Nine-Piece Tangram".
Universiti Malaysia Sabah (UMS) giat menggerakkan kreativiti ahli-ahli akademiknya dengan melaksanakan kajian dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kajian dan penyelidikan itu tidak hanya menjurus kepada hasil-hasil yang kebolehpasarannya berunsurkan aspek komersial dan kemanusiaan semata-mata. Malah, aspek yang berkaitan dengan pengembangan minda yang kreatif turut ditekankan. Ini termasuklah meningkatkan prestasi murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam ilmu Matematik umpamanya.
Kolonel Professor Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon, Naib Canselor UMS, dalam perutusan aluannya sempena program itu, menjelaskan bahawa telah menjadi hasrat dan iltizam UMS untuk mensajikan wacana pendidikan dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat sebagai mengisi dan memenuhi keperluan pembangunan sumber manusia untuk mencapai negara maju menjelang 2020. Penganjuran Kem Matematik Bestari adalah salah satu daripada wadah merealiasasikan masyarakat berilmu yang akan mengemudi kejayaan mencapai wawasan 2020. Beliau memanjangkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri amnya dan Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri, khasnya, atas kerjasama merealisasikan penganjuran Kem Matematik Bestari kali ke-11 ini.
Professor Dr Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor HEPA yang hadir selaku perasmi di Majlis itu, turut mengumumkan pengambilan SMK Tandek sebagai sekolah angkat Program Matematik UMS. Sehubungan itu, mahasiswa mahasiswa Program Matematik akan melakukan lawatan berkala bagi membantu memacu kemahiran matematik disamping meningkatkan semangat ingin berjaya di kalangan para pelajar SMK Tandek. Secara langsung akan menjadikan mahasiswa mahasiswi UMS melalui suatu proses praktikal yang memberi pengalaman berguna kepada mereka. “Melalui PROSA atau Program Sekolah Angkat, kita telah berjaya membantu beberapa sekolah lain sebelum ini berjaya dengan cemerlang dalam siri-siri peperiksaan SPM dan STPM,” Prof Dr Amran. Majlis perasmian turut dihadiri oleh En Keng Chuan Seng, Pengetua SMK Tandek, En Jidin Jinaun, Penolong Pegawai Pelajaran Kota Marudu, Prof Madya Dr Baba Musta dan Prof Madya Dr Jumat Sulaiman, kedua-duanya Timbalan Dekan Sekolah Sains dan Teknologi. Sehari sebelum itu, Puan Fatimah, Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri, turut hadir dalam aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan.
Matematik adalah cabang ilmu yang amat penting. Ianya merupakan salah satu subjek yang menjadi teras utama kepada penerimaan masuk pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi atau universiti. Seringkali, para pelajar gagal memasuki universiti atau tidak dapat mengambil kursus yang relevan atau diminati kerana disebabkan kelemahan pencapaian subjek Matematik. Justeru, segala usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak khususnya dalam menyemarakkan budaya mencintai Matematik akan membantu mengatasi ketirisan pencapaian yang baik dalam subjek Matematik.

Comments
Post a Comment