“Perkara aneh tidak lagi nampak aneh, dimana apabila banjir mula surut, mangsa-mangsa banjir khususnya orang-orang kampung ini akan berdoa agar hujan terus turun kerana ketiadaan air bersih yang telah tercemar, paip air yang pecah, telaga yang dipenuhi lumpur dan kabut warnanya.” ... petikan ucapan Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin. Bermula penghujung tahun lalu, negara dikejutkan dengan banjir besar yang melanda. Di kaca televisyen, corong radio, dan di dada akhbar semua peristiwa banjir menjadi topik paling hangat. Paling terjejas menerima kesan banjir adalah beberapa kawasan di negeri-negeri seperti Johor, Pahang, dan Kelantan. Di Sabah, Kawasan Beaufort, Pitas, Kota Marudu dan Kudat serta Kinabatangan dan Beluran, yang biasa ditimpa banjir, juga turut sama dilanda banjir. Bagi mereka yang biasa mengalami keadaan banjir, kejadian yang berlaku akan diharungi seperti lazimnya...berpindah atau dipindahkan ke dewan-dewan perpindahan dan kemudiannya selepas tiga hingga lima hari akan k...