Pensyarah Luar Negara -‘Promoter’ Pelancongan Negara
Universiti Malaysia Sabah sebagai satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang berpusat di Sabah, secara tidak langsung turut memainkan peranan dalam mengetengahkan Negeri Sabah khasnya, sebagai sebuah negeri yang mempunyai daya tarikan pelancong yang menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong dari luar negara. Ini adalah kerana, selain mempunyai lanskap yang menarik, UMS juga mempunyai bilangan pensyarah luar negara yang mencukupi dalam mempastikan bidang-bidang pengajaran yang dilaksanakan di sini sentiasa berada pada standard dan tahap kualiti yang disasarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan yang dilahirkan sentiasa diperkasakan ilmiahnya dengan pengajaran yang disampaikan oleh para pensyarah yang datang dari merata negara di dunia. Kehadiran kumpulan pensyarah ini seharusnya dilihat sebagai agen pelancongan yang berupaya menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini. Setelah beberapa lama mengenali keindahan negeri ini dan memahami adat resam dan budaya kaum yang pelbagai, pastinya mereka dengan sendirinya terdorong untuk mengkhabarkan kepada saudara dan rakan mereka di negara asal akan keunikan dan keindahan alam semulajadi negeri ini serta adat resam dan budaya masyarakat majmuk yang menarik yang hanya terdapat di negeri ini.
Kewujudan kumpulan pensyarah ini adalah dianggap begitu signifikan bukan hanya pada sudut pendidikan semata-mata bahkan juga kepada aspek pelancongan dan ekonomi negeri khasnya dan negara amnya. Kebiasaannya apabila seseorang ilmuan atau profesor menceritakan sesuatu yang menarik mengenai negara yang pernah dilawatinya, ceritanya itu akan mudah dipercayai. Justeru, pada sudut rasionalnya, para pensyarah luar negara yang berkhidmat di UMS ini adalah ‘agen pelancongan’ yang mampu menjayakan lagi kempen melawat Malaysia amnya dan Sabah khasnya,yang sedang giat dijalankan diwaktu ini.
Kewujudan para pensyarah luar negara juga tidak semestinya dianggap sebagai satu saingan kepada pensyarah tempatan. Ini adalah kerana para pensyarah kita juga adalah terlatih pada bidang masing-masing dan sentiasa diberikan peluang untuk bertugas di mana-mana IPTA di Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia peka dan sentiasa mengingatkan IPTA agar mempastikan tidak berlakunya kemungkinan persaingan tenaga akademik luar negara dan tempatan ini. Hanya mereka yang benar-benar memenuhi syarat dan keperluan semasa sahaja yang terpilih untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan pensyarah yang ada. Pada masa yang sama, aspek berkaitan undang-undang pengambilan tenaga kerja asing (profesional) sentiasa dititikberatkan dan dipatuhi. Sehubungan itu, hanya kalangan mereka yang terbaik sahaja yang terpilih dan kehadiran mereka ini sewajarnya mencetus dayasaing yang lebih tinggi di kalangan pensyarah tempatan dari sudut memberi tunjukajar dan bimbingan yang lebih baik ke arah melahirkan modal-modal insan yang berilmu, berkemahiran, dan berwibawa.
Apa yang pasti ialah bersama dengan keunggulan ilmiah yang dimiliki, para pensyarah luar negara ini juga akan membawa bersama mereka budaya kerja yang lebih baik yang boleh dikongsi bersama. Pandangan dan pendekatan mereka mungkin agak berbeza, tetapi jika ianya membawa kepada satu perubahan yang positif dan terbukti berkesan dalam meningkatkan strategi pembelajaran dan pengajaran, maka pandangan dan pendekatan itu perlu diterima dan dipraktikkan. Pengalaman seorang pensyarah luar negara mendedahkan bahawa .....” Intelligent and motivated students are one of the essential components of research. Many research-oriented universities would like to attract the best students by offering good scholarships and laboratory facilities to complete their degrees in reasonable amount of time. The present practice of applying scholarship or project after registering for their degree cannot attract the best students. The uncertainty in getting the scholarship disturbs the student mind and they are unable to concentrate on their work.
Hence the university should have guaranteed scholarships, once the student has been selected. The selection of the students may be based on an interview by a committee or written test or by both to ensure the quality students. Applying for project after taking the student may not provide conductive environment to pursue research work. All research students must be offered the core courses in each program. The courses are required to deepen the fundamentals that are essential for quality research”.
Seorang pensyarah luar negara yang lain turut menyatakan pendapatnya mengenai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran...”Teaching and research are inseparable and integral parts of the learning process. My central theme in teaching is to promote high quality standards that are instrumental for students to improve their creative thinking and understanding of practical engineering problems. As a lecturer, my goals are to prepare students to think in a logical way to address the real practical world, and to provide them motivation for life-long learning ,to face challenges in life and to inculcate human values
A very important part of my teaching is preparation of class notes that are comprehensive as well as illustrative. I prepare these notes using the research papers collected from various refereed sources and text books.. These notes are of great help in propagating my thoughts on recent developments Electrical engineering among the students. During the class time teaching, I actively look forward to feedback from students and allow ample time for discussion. This serves remarkably in establishing communication links not only between the students and me, but also among themselves.
Prof. Dr. Hj Sanudin Hj Tahir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, menjelaskan bahawa nisbah pensyarah tempatan kepada pensyarah dari luar negara pada masa ini ialah 10 : 1. Selain melaksanakan tugas hakiki yakni mengajar dan membimbing kerja-kerja penyelidikan yang dilakukan oleh para pelajar, kehadiran para pensyarah luar negara ini turut berperanan secara langsung menyemai set minda (mindset) yang positif di kalangan para pensyarah tempatan. Daripada keseluruhan jumlah pensyarah yang diambil oleh UMS, seramai 35 orang daripadanya adalah berkhidmat sebagai pensyarah Sekolah/Fakulti Perubatan. Rata-rata di kalangan mereka ini adalah terdiri daripada Doktor Pakar yang berpengalaman dan mampu memberi tunjukajar yang berkesan kepada para pelajar serta merupakan rakan sekerja yang boleh memberi bimbingan langsung kepada rakan-rakan mereka, para pensyarah tempatan. Usaha menggunakan khidmat Doktor Pakar ini akan sekaligus meningkatkan lagi akreditasi Sekolah/Fakulti Perubatan UMS.
Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat pula merupakan sekolah atau fakulti yang kedua ramai pensyarah luar negaranya. Terdapat seramai 10 orang pensyarah luar negara yang pada masa ini mengajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Kerjuruteraan Awam, kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Kimia dan Kerjuruteraan Komputer. Kaedah pengajaran dan input daripada mereka telah berjaya memberi kefahaman yang jelas dan baik kepada para pelajar. Dalam usaha meningkatkan daya saing Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan sesuai dengan pertambahan bilangan pelajar dalam jurusan atau bidang ini maka usaha mengambil pensyarah luar negara yang berpengalaman dan pakar dalam bidang ini akan diteruskan.
Dari sudut jangka panjangnya, kewujudan para pensyarah luar negara ini akan turut menjadikan UMS sebagai salah satu universiti pilihan para pelajar dari luar negara. Sudah tiba masanya, UMS menonjolkan kecemerlangannya di peringkat antarabangsa. Pemasaran universiti khususnya di kalangan para pelajar pasca siswazah dari luar negara perlu digerakkan dengan aktif. Selain menawarkan program yang pelbagai, sangatlah penting untuk UMS memperlihatkan kepada para pelajar luar negara akan daya saing dan kualiti graduan UMS yang begitu tinggi. Dengan adanya kombinasi pensyarah luar negara dan pensyarah tempatan serta prasarana pembelajarannya yang mencukupi, maka tidak mustahil jika UMS berjaya menambat hati para pelajar luar negara.
Pihak pengurusan UMS, sentiasa mempastikan agar kakitangannya berada dalam keadaan baik dan selesa berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah. Dalam hubungan ini, maka Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, memberi ruang yang seluas-luasnya kepada para pensyarah termasuklah pensyarah luar negara untuk merujuk secara langsung kepada beliau mengenai apa sahaja permasalahan atau kekangan pengajaran yang dihadapi. Hatta, cadangan dan pandangan para pensyarah turut dialu-alukan dalam mempertingkatkan tahap kualiti akademik yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah.
Sudah tiba masanya, sesebuah institusi kerajaan itu, termasuklah IPTA seperti Universiti Malaysia Sabah turut mempelbagaikan skop peranannya yang tidak tertumpu kepada satu bidang atau sektor sahaja yakni pendidikan. Universiti berupaya memain peranan sebagai agen pelancongan yang terbukti berkesan jika turut digembeling ke arah itu. Para pensyarah luar negara adalah 'agen pelancongan' yang seharusnya dimanfaatkan kehadiran mereka ke arah mempopularkan lagi keaslian dan keunikan produk pelancongan yang terdapat di negara kita.
Jakaria Dasan, 2007.

Comments
Post a Comment