RAHMAT HUJAN, SELEPAS BANJIR
“Perkara aneh tidak lagi nampak aneh, dimana apabila banjir mula surut, mangsa-mangsa banjir khususnya orang-orang kampung ini akan berdoa agar hujan terus turun kerana ketiadaan air bersih yang telah tercemar, paip air yang pecah, telaga yang dipenuhi lumpur dan kabut warnanya.” ... petikan ucapan Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin.
Bermula penghujung tahun lalu, negara dikejutkan dengan banjir besar yang melanda. Di kaca televisyen, corong radio, dan di dada akhbar semua peristiwa banjir menjadi topik paling hangat. Paling terjejas menerima kesan banjir adalah beberapa kawasan di negeri-negeri seperti Johor, Pahang, dan Kelantan. Di Sabah, Kawasan Beaufort, Pitas, Kota Marudu dan Kudat serta Kinabatangan dan Beluran, yang biasa ditimpa banjir, juga turut sama dilanda banjir. Bagi mereka yang biasa mengalami keadaan banjir, kejadian yang berlaku akan diharungi seperti lazimnya...berpindah atau dipindahkan ke dewan-dewan perpindahan dan kemudiannya selepas tiga hingga lima hari akan kembali semula ke rumah.
Akan tetapi anehnya banjir kali ini ialah ia menduga mereka yang belum pernah terkena banjir. Bukan tiga hingga lima hari, sebaliknya satu hingga tiga minggu...malah ada laporan mengatakan bahawa masih terdapat mangsa-mangsa banjir yang berkampung di penempatan sementara (dewan) setelah sebulan lamanya.
Kesan banjir yang menimpa ialah ia akan menyebabkan kehilangan sementara tempat tinggal yang selama ini dihias indah, kereta yang sentiasa dicuci dan diwangikan, kemudahan air paip yang bersih dan pakaian bersih yang digunakan untuk ke tempat kerja, dan baju sekolah anak-anak untuk bersekolah atau bersekolah semula. Bagi yang berkebun, berladang, dan berternak, kenalah cuti panjang...tanpa gaji, dan hanya dalam beberapa tempoh kemudiannya, sekurang-kurangnya sebulan (minima), barulah tanaman jangka pendek yang musnah mula tumbuh, nak tuai hasilnya entah bila. Bagi yang mengusahakan tanaman jangka panjang, tambah panjanglah lagi hasil tuaian dinikmati untuk penghidupan keluarga. Si penternak kambing, lembu dan kerbau, pasti bersedih melihat binatang ternakannya tercari-cari rumput dan daun hijau dan segar untuk menjadi makanan mereka.
Pada masa banjirlah hidupan yang melata akan muncul dan turut sama bersabung nyawa menyelamatkan diri dari air yang luarbiasa dalamnya dari seperti biasa. “Sudahlah dalam, deras dan tercemar pula airnya” inilah rungutan dan rintihan binatang dan hidupan lain yang tercungap-cungap, tenggelam timbul atas permukaan air...sabung nyawa dan ada yang akhirnya dapat menyelamatkan diri dengan berjaya hinggap di atas perhiasan bilik tidur, almari pinggan mangkuk, malah atas tilam katil yang empuk di rumah mewah dan sederhana yang ditinggalkan penghuninya...akibat rumah dilanda banjir.
Dalam usaha meringankan impak banjir maka seluruh jentera kerajaan, NGOs dan Pertubuhan-pertubuhan sukarela telah melancarkan gerakan demi gerakan bermula dari gerakan menyelamat, gerakan memberikan bantuan perlindungan tempat tinggal dan makanan, sehinggalah ke gerakan pembersihan dari kotoran seperti sekolah, klinik dan pelbagai bangunan awam termasuk rumah-rumah mereka yang berlumpur akibat ditenggelami banjir. Bantuan kewangan juga telah dilancarkan melalui saluran media dan ianya terbukti berjaya.
Dalam hubungan ini, YB Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah mengambil inisiatif mewujudkan Briged Bencana IPTA yang dilancarkan pada 18 Januari di Batu Pahat, Johor. Briged Bencana IPTA yang dipengerusikan oleh semua Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni akan menyelaras misi-misi meringankan beban mangsa-mangsa pelbagai malapetaka termasuklah banjir yang menimpa.
Selaku satu-satunya IPTA di Sabah, UMS telah ditugaskan untuk mengambil peranan utama menggerakkan Briged Bencana IPTA-UMS. Dalam hubungan ini, pada 26 Januari 2007, seramai 120 orang mahasiswa dan mahasiswi Briged Bencana IPTA UMS telah melakukan program khidmat masyarakat membersihkan bangunan-bangunan sekolah berpusat di SK Bengkalalak, Beaufort. Rombongan ini diketuai oleh YBhg Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UMS, dan diselaras gerakannya oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) merangkap Pengerusi Briged Bencana IPTA-UMS dan Prof. Madya Jamal Abd. Hamid, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, UMS. Hadir sama dalam program tersebut, Pegawai Pelajaran Beaufort, Puan Jariah dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Ketua Penyelamat JPA3 Beaufort, Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah berhampiran dan para pemimpin masyarakat serta PIBG sekolah.
Laporan yang dikeluarkan Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort merekodkan bahawa seramai 1,040 orang murid dari 5 buah sekolah menerima kesan langsung banjir (sekolah dilanda banjir) dan seramai 1,384 orang murid dari 11 buah sekolah lainnya turut menerima kesan serupa (kampung, rumah dan jalan perhubungan dilanda banjir) tidak dapat bersekolah. Dalam program tersebut Briged Bencana IPTA-UMS telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekolah-sekolah terlibat dalam beberapa kumpulan selama dua hari. Pada majlis tersebut UMS turut menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur, seperti beras, garam, milo dan sardin.
Dalam ucapannya di majlis itu, Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, juga menasihatkan agar mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dapat menggunakan peluang melakukan kerja-kerja amal itu sebagai medan untuk mengukuhkan lagi jati diri kemahasiswaan. Program khidmat masyarakat bersama-sama dengan masyarakat kampung wajar dijadikan pengalaman yang tidak ternilai pentingnya. Bagi mereka yang biasa hidup di bandar, mereka boleh merasai bagaimana masyarakat di kampung menjalani kehidupan mereka dan cabaran-cabaran harian yang mereka hadapi dimana segala-galanya adalah dalam keadaan serba kekurangan.
Sebelum misi bantuan ke Beaufort, UMS melalui Persatuan Pegawai Pengurusan UMS telah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Pitas pada 23 Januari 2007. Penyerahan sumbangan kampit-kampit beras itu telah disampaikan oleh En (K) Haznain Ngamil, Ketua Bahagian Keselamatan UMS bagi meakili UMS kepada Pegawai Daerah Pitas kepada Pegawai Daerah Pitas iaitu En. Sapdin Bin Ibrahim di perkarangan Pejabat Daerah. Beras yang disumbangkan adalah dari pakej khas BERNAS membantu mangsa-mangsa bencana dengan potongan harga yang istimewa.
Pada masa yang sama juga di Kota Marudu, Dr. Jualang Azlan Gansau, timbalan Dekan Sekolah sians dan teknologi UMS, turut menyampaikan bantuan UMS berupa barang-barang makanan kepada kepada En.Matius Sator, Pegawai Daerah Kota Marudu, dan disaksikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan dan Intergrasi Nasional, Pn. Julita Majungki. Di Kota Marudu, sebanyak 30 buah kampung ditenggelami air selama beberapa minggu dan dianggarkan kira-kira 57 buah kampung terputus perhubungan dengan daerah Kota Marudu akibat daripada banjir besar yang melanda daerah berkenaan. Selain itu, di beberapa buah kampung, mendapan pasir sedalam 4 kaki telah memusnahkan kawasan penanaman sayur-sayuran seperti labu, pisang, kacang tanah dan sebagainya. “Penduduk kampung kehilangan pendapatan sebanyak RM 400 hingga RM 500 sebulan hasil daripada penjualan tanaman pisang” kata Penolong Pegawai Daerah, Kota Marudu, En.Hilde Kayau. Beliau juga memaklumkan bahawa banjir besar berkenaan telah mengakibatkan sebahagian besar punca pendapatan penduduk terjejas. “Kota Marudu merupakan pembekal kedua terbesar hasil tanaman di negeri Sabah ini dan tidak ada tanaman yang tinggal sekarang, kawasan itu sudah diliputi pasir sedalam kira-kira 4 kaki,” tambah beliau.
Berikutan daripada kejadian banjir berkenaan, pihak Universiti Malaysia Sabah telah mengambil tindakan pantas menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Bantuan berkenaan disalurkan melalui Jabatan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni kepada Pejabat Daerah Kota Marudu. Bantuan tersebut meliputi makanan harian seperti beras, tin sardine, kopi, gula dan garam yang mencukupi untuk kegunaan 172 buah keluarga. Keseluruhan bekalan bantuan bencana berkenaan diserahkan oleh
Pihak Pejabat Daerah Kota Marudu berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Pihak Universiti Malaysia Sabah. “Saya bagi pihak Pejabat Daerah berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh UMS,” kata, Pn.Julita Majungki, Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan dan Intergrasi Nasional. Sesungguhnya, kedatangan banjir besar di Kota Marudu selain daripada bantuan yang disampaikan oleh agensi dan badan-badan berkanun kerajaan, ia juga telah menyatupadukan keseluruhan persatuan, syarikat-syarikat swasta, masyarakat dan orang perseorangan di daerah berkenaan. Hakikatnya, penduduk kampung yang datang dari kampung yang jauh dikumpulkan di Pusat pemindahan sementara, berpeluang bertemu dengan saudara mara dan sahabat handai, tidak dinafikan masa berkenaan dijadikan peluang keemasan bagi mesyarakat Kota Marudu mengenali sahabat handai baru. Bak kata orang “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Semangat kerjasama dan muafakat penduduk kampung menghadapi banjir menjadi satu rahmat di yang terselindung. “Kami boleh bina semula apa yang dimusnahkan banjir, tapi kami tidak boleh menhidupkan semula rakan yang lemas kerana dihanyutkan arus deras,” kata seorang penduduk kampung. Berdasarkan pada statistik Pejabat Daerah Kota Marudu hanya seorang sahaja yang mati lemas akibat banjir. Kita mendoakan kepada mangsa-mangsa banjir agar dapat terus bersabar dan pastinya, suatu hari nanti daerah Kota Marudu akan menjadi daerah yang menghasilkan hasil tanaman yang terbesar di negeri Sabah.
Walaupun banjir semakin reda UMS masih meneruskan Kempen Kutipan Tabung Sumbangan Bantuan Banjirn yang diadakan di semua Sekolah/Fakulti dan Pusat di UMS bagi mengumpul sebanyak dana yang mungkin untuk diserahkan diagihkan kepada pihak yang berwajib.
“Perkara aneh tidak lagi nampak aneh, dimana apabila banjir mula surut, mangsa-mangsa banjir khususnya orang-orang kampung ini akan berdoa agar hujan terus turun kerana ketiadaan air bersih yang telah tercemar, paip air yang pecah, telaga yang dipenuhi lumpur dan kabut warnanya. Tanpa memikirkan bahawa hujan itu akan menghadirkan gelombang banjir yang kedua atau ketiga di sesetengah tempat. Orang-orang kampung ingin segera bangkit semula menjalani kehidupan seperti biasa dengan limpahan air hujan bagi meneruskan kehidupan.” Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin menggambarkan betapa mangsa-mangsa banjir itu begitu mengharapkan hujan turun lagi bagi mendapatkan air bersih untuk diminum dan mencuci rumah mereka yang kotor dengan lumpur dan seumpamanya. Pastinya mereka juga memerlukan bantuan dari pelbagai pihak dalam memulakan kembali kehidupan mereka seperti biasa iaitu sepertimana sebelum banjir melanda. .
Ini baru musibah banjir yang menduga, bayangkan jika musibah itu seperti tsunami, gempa bumi dan lain-lain malapetaka yang mengejutkan dan mengorbankan nyawa. Tidak ada kesempatan untuk sesiapa jua baik manusia mahu pun haiwan yang dapat menyelamatkan diri. Hanya takdir, ajal dan maut yang dapat menentukan hidup dan mati. “Semasa gempa bumi melanda Jogjakarta bulan Mei tahun lalu, UMS turut menghantar bantuan dan sempat bersama dengan kumpulan pakar yang menjalankan misi membantu mengembalikan semula kehidupan biasa mangsa-mangsa dari trauma gempa bumi. Ternyata bahawa post-trauma selepas bencana itu amat memeritkan. Saya telah mendengar pengalaman seorang Doktor menyelamatkan nyawa seorang mangsa. Beliau menceritakan bagaimana mangsa yang dirawat hanyalah mengalami kecederaan yang tidak begitu parah. Namun pada keesokkan harinya Doktor tersebut amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa pesakitnya yang telah sembuh itu, telah meninggal dunia pada pagi keesokan harinya. Puncanya ialah kerana terlalu sedih memikirkan kesengsaraannya kehilangan ahli keluarga lain yang tidak dapat diselamatkan, malah sampai ke peringkat ia terlalu meratapi kemusnahan hasil tanaman dan ternakannya yang diusahakan selama bertahun-tahun lamanya.” Prof. Datuk Dr. Mohd Noh berkongsi ceritanya dengan masyarakat dan para pelajar yang hadir di Majlis itu.
Sudah tiba masanya, dalam menghadapi sesuatu bencana dan malapetaka itu, pihak-pihak penyelamat perlu bersedia dengan kemahiran membantu mangsa mengatasi kesedihan selepas sesuatu kejadian bencana yang menimpa. Dalam hubungan ini rawatan “Post-Trauma” memerlukan ilmu psikologi yang tinggi dan mendalam. Bagaimana kita hendak memujuk mangsa agar menerima segala kejadian sebagai Qada dan Qadar Allah swt yang mempunyai hikmat di sebaliknya. Walaupun Briged Bencana IPTA-UMS terdiri dari kalangan mahasiswa mahasiswi, tetapi mereka akan dilatih mengenai asas-asas psikologi yang menjadikan mereka cekal dan berkemahiran selain pelbagai kemahiran menyelamat. Paling penting daripada itu, ialah penglibatan dalam Briged Bencana IPTA-UMS akan menjadikan mereka sukarelawan dan sukarelawati penyelamat yang mempunyai tahap psikologi yang mantap dan meyakinkan apabila mereka tamat pengajian kelak dan menganggotai bada atau pertubuhan penyelamat dimana sahaja mereka berada.
Masyarakat kita yang sentiasa prihatin telah sekali lagi menghadapi kesukaran bersama-sama dengan mangsa-mangsa banjir. Apa yang pasti, selain bantuan berupa makanan dan wang ringgit, pelbagai projek pembaikan prasarana dan penurapan jalan akan berlaku selepas ini. Kami difahamkan bahawa sebelum ini jalan sejauh 2 kilometer dari arah Beaufort hingga sebelum sampai ke simpang Kg Bengkalalak hanyalah jalan tanah merah tanpa berturap. Ketika kami melalui jalan tersebut telah ada tanda-tanda bahawa jalan itu akan diperbaiki dan diturap. Mungkin bagi kampung-kampung yang tiada bekalan air paip telah ada perancangan kerajaan untuk meningkatkan prasarana asas ini. Inilah antara beberapa manfaat yang akan dinikmati oleh masyarakat kampung.
Semoga artikel ini berupaya menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat bahawa bencana alam itu adalah suatu yang tidak dapat disangka akan kejadiannya. Selagi ada di kalangan masyarakat kita melakukan kerosakan di muka bumi ini atau alpa akan tuntutan memelihara alam sekitar ini, maka selama itulah kita tidak boleh lari dari menerima kesan bencana itu. “Rahmat Hujan, Selepas Banjir” juga menonjolkan perihal pentingnya peranan masyarakat keseluruhannya dalam menangani sesuatu bencana. Bantuan makanan dan wang ringgit hanyalah antara perkara segera yang diperlukan oleh setiap mangsa. Akan tetapi sokongan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan prasarana dan kemudahan asas yang lebih baik akan membantu mereka mengatasi post-trauma kesan banjir itu. Betapa terdesaknya mereka mengharapkan hujan terus mencurah walau selepas banjir besar yang menimpa, wajarlah kita fikirkan bersama.
Jakaria Dasan, New Sabah Times, 2007

Comments
Post a Comment