New Sabah Times, ms. , 9 November 2009 JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Penghasilan buku-buku yang lengkap dan menyeluruh mencakupi pelbagai aspek sosio, ekonomi, politik dan pendidikan mengenai masyarakat peribumi negeri Sabah tidak begitu banyak terdapat di pasaran. Justeru itu, Universiti Malaysia Sabah dengan komitmen para pensyarahnya telah berusaha mempertingkatkan koleksi buku-buku ilmiah sedemikian. Salah satu daripada buku berkaitan adalah buku hasil tulisan Siti Aidah Hj Lokin yang bertajuk “Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran – Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963).” Penulis adalah merupakan pensyarah bidang Sejarah Malaysia dan mengajar kursus Hubungan Etnik di Pusat Penataraan Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah. Menerusi kajian mendalam beliau melalui literatur, artikel, tesis, surat khabar, karya perkamusan dan temu ramah dengan beberapa tokoh masyarakat peribumi Sabah itu sendiri, beliau berjaya menghasilkan sebuah buku terbitan Penerbit UMS yang mempe...
Comments
Post a Comment