Posts

Showing posts from February, 2015

SAAT KEHIDUPAN

Saat tidak sehaluan, Yang dekat, elok jauhkan, Yang jauh, elok lupakan, Yang lupa, elok hilangkan. Saat sehaluan, Yang jauh, mula dekat, Yang dekat, mula ingat, Yang ingat, mula muncul.. Saat bersama, Yang dekat, tak pernah menjauh, Yang jauh, tak pernah melupakan, Yang lupa, tak pernah menghilang. Saat tidak bersama (kembali), Yang jauh, sentiasa dekat, Yang dekat, sentiasa ingat, Yang ingat, sentiasa muncul. Susah senang, ragam bersama, bahagia derita, resam dunia, Takkan sesat, di buai gelora, Kepada Tuhan, bersujud pasrah. (JD, 2015)

SEJAUH MAKAM NENDA

Tiada masa lebih berharga  selain bersama nenda yang sihat tubuh badan Tiada senda lebih melucukan  selain bersama nenda yang ketawa sakan Tiada saat yang lebih menyedihkan  selain bersama nenda berpergian Semoga sanak saudara rakan dan teman Tabah menghadapi ujian dan cabaran Iringkan doa...al-Fatihah.. agar lapang ke persinggahan Perjalanan nenda jangan ditangisi dengan esakan  Kelak bersua jua di dalam Taman (Firdausi) JD

HATI KUNCI YANG MENGIKAT

Dunia ini teka teki, Akhirat kekal abadi, Kenapa dunia yang dicari... Sedang... Setiap puji, mulut merasa,   Setiap beri, tangan terima,   Setiap kasih, hati gelisah. Mulut bisa dikunci, Tangan bisa digari, Hati sentiasa misteri. Sesungguhnya, teka teki dan misteri ada persamaannya. Jika hati jarang bertanya Pada mulut dan tangan yang ligat pencaknya Politik mulut dan tangan ibarat bahtera dunia, hati jua nakhoda insanniah, bahtera karam di samudera, jika hati lalai seketika cuma. Mulut, tangan dan hati, sejasad takkan terpisah, Peliharalah hati, kerana hatilah sanubari, jika jannah yang dicari.