Posts

Showing posts from January, 2010

JIHAD BISNES DI ATAS BUMI YANG RESAH

JIHAD BISNES DI ATAS BUMI YANG RESAH Bumi yang resah gondol bukit bukaunya kering telaga jernihnya robek kelambu hijaunya muntah lahar merahnya musnahlah ekologi dunia ...dek rakusnya nafsu manusia Jawablah dengan hati yang terbuka kerana bumi dan bisnes bumiputera ada persamaannya jika bumi kian parah kerana sikap kita bisnes juga kian suram kerana sikap kita Justeru...mentaliti bisnes kita perkasa kembalilah kepada kekuatan asal kita yang bersandarkan al-Quran dan as-Sunah ...tidak rugi ikut tertib ketam melangkah ...tidak rugi ikut tertib kura-kura berlumba ...tapi amat rugi jika terpekik-terlolong seperti katak yang terlompat-lompat dalam periuk yang kian membara apinya. Jihad bisnes suatu wahana usahawan bumiputera mengubah langkah selaras dengan dinamika dunia sambil berpaksi kepada tauhid dan ubudiyah dengan menyedari tiada seteru dalam kalangan kita sama-sama mengejar rezeki yang tersedia yang telah tercatat sebelum kejadian dunia di Luh-Mahfuz Allah