Posts

Showing posts from 2009

30. Henry Bating & Jakaria Dasan (2008, Okt 24). Menambat minat bekerja pendekatan pendaftar ums. Utusan Borneo, hlm. 13.

29. Jakaria Dasan (2008, Okt 20). Kaum ibu luar bandar miliki daya tahan stress. Utusan Borneo, hlm. 10.

28. Henry Bating dan Jakaria Dasan (2008, Sep 18). Pakar biotek ums cipta kit kesan daging asli halal. Utusan Borneo, hlm. 13.

27. Jakaria Dasan (2008, Sep 12). Sirkulasi iklim borneo. Utusan Borneo, hlm. 13.

26. Jakaria Dasan (2008, Sep 6). Memudahkan pembelajaran matematik. Utusan Borneo, hlm. 13.

25. Jakaria Dasan (2008, Ogos 24). Kota indah kota ilmu. New Sabah Times, hlm. 7.

24. Jakaria Dasan (2008, Ogos 23). Budaya penyelidikan wadah warga cemerlang. New Sabah Times, hlm. 6.

23. Jakaria Dasan (2008, Julai 31). Mengangkasa tamadun bangsa. Utusan Borneo, hlm. 9.

22. Jakaria Dasan (2008, Julai 5). Minggu mesra, universiti ceria. Utusan Borneo, hlm. 9.

21. Haznain Ngamil & Jakaria Dasan (2008, Julai 30). Baby tarzan, selagi hayat dikandung badan. Utusan Borneo, hlm. 11.

20. Jakaria Dasan (2008, Julai 5). UMS mesra, meriah, ceriah. New Sabah Times, hlm. 8.

19. Jakaria Dasan (2008, Jun 20). Meniti cabaran, menggunung harapan. New Sabah Times, hlm. 9.

18. Jakaria Dasan (2008, Jun 20). Meniti cabaran, menggunung harapan. Utusan Borneo, hlm. 13.

17. Jakaria Dasan (2008, Mei 12). Nostalgia selat tebrau 1961. Utusan Borneo, hlm. 8.

16. Jakaria Dasan (2008, Mei 12). UMS menyeberangi selat tebrau. New Sabah Times, hlm. 7.

15. Jakaria Dasan (2008, Mei 3). Kuala sungai merah 2. New Sabah Times, hlm. 8.

14. Jakaria Dasan (2008, Apr 28). UMS di long pasia. Utusan Borneo, hlm. 27.

13. Jakaria Dasan (2008, Apr 24). Polis dan cabaran masa kini. New Sabah Times, hlm. 8.

12. Jakaria Dasan (2008, Apr 24). Polis dan cabaran masa kini. Utusan Borneo, hlm. 11.

11. Baszley Bee Basrah Bee, Bilcher Bala & Jakaria Dasan (2008, Apr 4). Pengaruh kesultanan brunei kepada masyarakat sabah (siri 2). Utusan Borneo, hl

10. Baszley Bee Basrah Bee, Bilcher Bala & Jakaria Dasan (2008, Apr 3). Pengaruh kesultanan brunei kepada masyarakat sabah (siri 1). Utusan Borneo, hl

9. Jakaria Dasan (2008, Jan 22). Loceng amaran dunia. Utusan Borneo, hlm. 13.

8. Henry Bating & Jakaria Dasan (2008, Jan 11). UMS sebagai katalis pembangunan sabah. Utusan Borneo, hlm. 13.

7. Henry Bating & Jakaria Dasan (2008, Jan 9). UMS teroka potensi produk pelancongan secara lebih inovatif. Utusan Borneo, hlm. 13.

6. Jakaria Dasan (2007, Dis 20). UMS jayakan program dasar pandang ke timur. New Sabah Times, hlm. 10-11.

5. Jakaria Dasan (2007, Nov 3). Mengangkat institusi diraja dalam memupuk hubungan antarabangsa akrab. New Sabah Times, hlm. 8.

4. Jakaria Dasan (2007, Okt 12). Pendaftar berjasa. New Sabah Times, hlm. 7.

3. Jakaria Dasan (2007, Ogos 29). UMSKAL-kampus pesisir pantai. New Sabah Times, hlm. 10.

2. Jakaria Dasan (2007, Mac 14). Ekspedisi saintifik taman bukit tawau. New Sabah Times, hlm. 8.

available upon request

1. Jakaria Dasan (2007, Jan 20). Membongkar rahsia kuala sungai merah. New Sabah Times, hlm. 8.

available upon request

Ucapan NC, 1Solo Puncak Kinabalu 31 Dis 2009

Bismillahir Rahmannir Rahim Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Salam 1Malaysia (Salutasi) Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan YB Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, di atas kesudian hadir menyerikan lagi Majlis Perasmian PEndakian Solo 1Malaysia bertempat di kaki gunung kinabalu yang tinggi tersergam indah ini. Kepada saudara Mohd Noor Mat Amin, pendaki yang tidak asing lagi, saya mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi membawa bersama UMS mendaki puncak Kinabalu. Mendaki dan menuruni gunung kinabalu sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari adalah suatu tindakan yang berani dan memang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi bagi seorang dewasa yang telah pun berada pada lewat usia belia. Saya percaya ini bukan suatu tugas yang mudah. Tetapi dalam tempoh 111 hari akan datang, ianya bukan lagi retorik semata-mata.

Ucapan Yang Berbahagia Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Haji Ampon. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

Bismillahir Rahmannir Rahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Haji Karno, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Yang Berbahagia Tuan Haji Habib Zam Zam bin Abdul Latif Ketua Penolong Kanan Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah, Yang Berusaha En. Azman Haji Ruslan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Keningau Merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Yang Berusaha Tuan Haji Kaipin bin Haji Rusmin selaku Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Bayangan Keningau serta Saudara Muhd. Yuslin bin Osman selaku Pengarah Program Universiti Bersama Masyarakat, Tuan-tuan, Puan-puan serta para hadirin dan hadirat sekalian. Segala puji dan syukur saya rafakkan ke hadzrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul b

The Relationship of Trust, Organizational Commitment, and Organizational Citizenship Behavior Among Non-Academic Staff in Universiti Malaysia Sabah

ABSTRACT This study aims to test the relationship between trust, organizational commitment and organizational citizenship behavior among non-academic staff of Universiti Malaysia Sabah. This study utilized both quantitative and qualitative methods. The respondents were divided into four categories using stratified random sampling technique. A total of 200 questionnaires were distributed and 160 of them were returned. Eight hypotheses were constructed and tested using the SPSS software. The empirical findings show that there were strong relationships between trust, organizational commitment and citizenship behaviors. However, the moderating effects of working experience and rewards towards the relation of trust and organizational commitment, and organizational commitment and citizenship behavior are not significant. High trust among staff leads to high organizational citizenship behavior especially when mooted by organizational commitment. It is found that organizational citizenship be

“One Community, One Exit Strategy”

ABSTRACT This study investigates the influence of geographical, ethnicity and gender of the hardcore poor situated in the rural areas of Sabah towards poverty alleviation. It is timely for government to ensure that the right exit strategy for poverty eradication programme is identified. Hence, huge government spending should be in parallel with the great reduction in poverty. Programmes like agropolitan project involving the integrated land development in focus districts and Mini Estet Sejahtera (MESEJ) are parts of the promising programmes. Other programmes include increasing of household income, direct assistance, rural industry programme and others. Yet, there is a tendency that the success of these programmes will only be short lived if a mechanism to identify the right exit strategy for particular community has not been done. The importance of having good infrastructure and education is something that cannot be neglected in this case of study. These two aspects will also be speci

KPI enforced also in UMS admin Published on: Wednesday, April 15, 2009

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) has taken steps to bolster its department's administration in line with the enforcement of the Key Performance Index (KPI) introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. According to UMS Corporate Relations Chief Jakaria Dasan, some of the steps included a new Deputy Vice-Chancelor (Academic and International) being taken over by Prof Dr Amran Ahmed. His predecessor, Prof Dr Sanudin Haji Tahir, had chosen to concentrate fully as lecturer in the Science and Technology School. Prof Dr Amran's former Deputy Vice-Chancelor (Students Affairs and Alumni) post was being taken over by Assoc Prof Dr Shariff Omang who is the Student Development and Alumni Dean. Vice-Chancelor, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon stressed that under the leadership of Najib it was imperative for UMS to strengthen its basic objectives, that is to excel in teaching and learning. "The UMS administrative team is a tested team and capable to shoulder the

VARIA Kosmo!, UMS berkongsi ilmu

Lebih banyak penganjuran aktiviti bersama diharap dapat digerakkan di antara akhbar Kosmo! dan UMS pada masa depan. OPERASI di bilik berita Kosmo! menarik perhatian para pegawai Bahagian Komunikasi Korporat UMS. KELAINAN pengisian berita dan rencana akhbar Kosmo! yang berbeza dengan akhbar-akhbar kompak tempatan yang lain mendorong sekumpulan pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkunjung ke pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur, semalam. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UMS, Norti Sirin, berkata, lawatan tidak rasmi ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pegawainya berkongsi ilmu tentang penerbitan akhbar. Menurutnya, lawatan ini memberi peluang kepada para pegawai dari bahagian itu memahami budaya kerja wartawan dan penulisan berita serta rencana akhbar Kosmo! Katanya, ini kerana bahagiannya turut mempunyai seksyen untuk penulisan berita menerusi penerbitan majalah kampus, Suara Sepanggar dan penyampaian radio kampus UMS. "Memang di Sabah,

18 Ogos,2005 Pendekatan Komprehensif Perlu Dipertahan Jamin Keharmonian Kaum Oleh: Arshad Hussin

KOTA KINABALU: Pendekatan komprehensif yang diamalkan negara ini menangani pelbagai konflik perlu dijadikan tradisi dan dipertahankan bagi menjamin kestabilan, keharmonian kaum serta keamanan hidup rakyat keseluruhannya. Ketua Menteri, Datuk Musa Haji Aman,berkata selaras dengan penekanan konsep Islam hadhari kearah kehidupan berkualiti isu konflik ini amat penting difahami bersungguh-sungguh supaya seluruh rakyat sama-sama hidup dalam keadaan harmoni dengan melihat dalam diri,masyarakat dan persekitaran. Datuk Musa, berkata konflik merupakan fenomena biasa dalam diri, masyarakat dan di antara negeri atau negara dimana kewujudannya berkait rapat dengan kemampuan,persaingan dan kepentingan dimana ketidakselarian ini menjadikan individu terpisah dan akhirnya bertembung dengan situasi yang dinamakan konflik. Katanya, semua manusia mempunyai kehendak tersendiri, masyarakat berjuang untuk kepentingan kelompoknya tetapi, kita perlu mengharmonikan konflik ini untuk saling kuat menguatka

Saturday October 27, 2007 ACA chief among six to get top Sabah award

KOTA KINABALU: Anti-Corruption Agency director general Datuk Ahmad Said Hamdan was among six people conferred the Seri Panglima Darjah Kinabalu that carries the title Datuk Seri Panglima in conjunction with the Yang DiPertua Negeri’s Tun Ahmadshah Abdullah’s birthday celebrations. Ahmadshah’s wife Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar, Sabah Progressive Party president Datuk Yong Teck Lee, Bernama chairman Datuk Mohd Annuar Zaini, Labuk assemblyman Datuk Metah Michael Asang and businessman Goh Kian Guan were also conferred the highest award. They were among 600 people conferred the awards in conjunction with the 61st birthday celebrations held at Istana Negeri here yesterday. The official birthday was on Sept 16 but it was postponed to yesterday due to the fasting month. A total of 46 people were conferred the Panglima Gemilang Darjah Kinabalu that carries the title Datuk and these included Sabah Police Commissioner Deputy Comm Noor Rashid Ibrahim, Federal Secretary to Sabah Datuk Ismail

HRM Role in Developing HC

What is the purpose of building university? Most correct answer is to produce human capital. Do we have qualified academicians to fulfill the task? Thus, HRM plays a critical role in ensuring this commitment

SIRKULASI IKLIM BORNEO

[Utusan Borneo, Oktober 2008 } JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Kita mungkin tidak menyedari betapa sensitifnya kesan yang berlaku kepada tumbuh-tumbuhan apabila berlaku perubahan kepada iklim atau suhu. Yang jelas, perbezaan dengan manusia ialah kita masih mampu mengelak dari menerima kesan langsung dengan menggunakan kebijaksanaan atau kewarasan akal fikiran. Dalam keadaan sejuk, kita berupaya melindungi badan kita dengan mengenakan pakaian yang tebal. Demikianlah juga dalam keadaan dimana cuaca yang panas terik, kita mampu melindungi diri kita dengan menggunakan payung atau pohon yang rendang untuk berteduh. Kemampuan melindungi diri ini walaubagaimanapun tidak dimiliki oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan suhu yang terlalu sejuk atau panahan cahaya matahari yang terlalu terik maka ianya boleh mengakibatkan tumbuh-tumbuhan musnah. Malah, lebih ditakuti jika keadaan cuaca yang keterlaluan perubahannya ini tidak dapat dikawal. ianya boleh membantutkan proses pertumbuhan dan akhirnya tumbuh-t

PAPHIOPEDILUM DAN PHALAENOPSIS HAMPIR PUPUS

JAKARIA DASAN, Jakaria@ums.edu.my Sekali lagi dalam ruangan rencana ini, saya menonjolkan satu lagi kejayaan Pensyarah UMS dari Institut Penyelidikan Bioteknologi dalam menghasilkan kajian dan penyelidikan yang mampu memelihara dan memulihara serta menjamin kesinambungan hidupan spesis tumbuh-tumbuhan yang jarang-jarang terdapat dimana-mana hutan di dunia. Spesies tumbuhan yang dimaksudkan ialah pokok bunga orkid yang tinggal dalam kumpulan kelompok yang kian mengecil dalam rimba hijau di kawasan hutan Gunung Kinabalu, dan hutan-hutan di kawasan Tawau dan Tenom. Dua daripada beberapa jenis Orkid yang mengalami ancaman kepupusan itu dan dipercayai hanya terdapat di Negeri Sabah sahaja ialah “Slipper Orchid” atau nama saintifiknya, “Paphiopedilum rothschildianum” dan “Elephant-ear Orchid” atau nama saintifiknya “Phalaenopsis gigantea.” Di kawasan tanah tinggi Gunung Kinabalu, terdapat 700 jenis spesis Orkid. Dendrobium, Phalaenopsis, dan Paphiopedilum adalah sebahagian daripada jenis ork

MINGGU MERIAH, UNIVERSITI CERIA

{Utusan Borneo, m/s. 9, 5 Julai 2008} { New Sabah Times, m/s. 8, 5 Julai 2008} JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Minggu Suai Mesra UMS Sesi 2008/2009 menyaksikan bukan sahaja siswa siswi baru berbondong-bondong memasuki UMS. Malahan turut bersama mereka itu, ibu bapa dan ahli keluarga menghantar anak-anak yang selama ini telah diasuh dan akhirnya berjaya menjadi penuntut universiti. Khabarnya lapangan terbang Terminal 1 dan Terminal 2 dipenuhi dengan pelajar dan ibu bapa yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan juga dari luar negara. “Selamat Datang Siswa/Siswi Baru 2008/2009.” Menghiasi pintu pagar masuk ke UMS. Turut kelihatan kumpulan pelajar yang bersama ibu bapa dan yang lainnya bersama rakan-rakan pelajar yang baru dikenali. Masing-masing dengan telatah tersendiri. Ada pelajar yg sempat bergambar dengan "pose" istimewa. Mungkin untuk dihantar balik ke kampung halaman buat mengubat rindu ayah dan ibu kepada anak yang berseorangan mendaftar masuk ke Universiti Malaysia S

MENITI CABARAN, MENGGUNUNG HARAPAN

Utusan Borneo, m/s. 13, 20 Jun 2008 JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Suatu waktu dahulu, seorang anak muda memulakan kembara dari sebuah kampung di pedalaman Keningau. Menaiki kenderaan mengikuti liku-liku kaki Gunung Emas beberapa jam lamanya hinggalah akhirnya beliau sampai ke Kota Kinabalu. Pengembaraannya itu diteruskan sehingga dia berjaya menjejakkan kaki di Universiti di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Semuanya itu kerana semangat mendapatkan ilmu pendidikan yang kini akan menjadi tanggungjawabnya pula untuk disemai dalam hati dan benak fikiran 15,000 mahasiswa UMS sedia ada dan lebih kurang 4,000 orang mahasiswa baru yang akan menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Sabah pada penghujung bulan ini. Kol.Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon yang begitu mesra dikenali dengan panggilan Prof K merupakan anak tempatan negeri Sabah yang telah mencipta satu sejarah yang amat membanggakan khususnya bagi rakyat Negeri ini. Suatu ketika dahulu beliau merupakan kumpulan anak negeri ini

MENGANGKASA TAMADUN BANGSA

{ Utusan Borneo, m/s.9, 31 Julai 2008 } JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Dari cetusan hati nurani pemimpin kepada cita-cita melahirkan tamadun bangsa yang disegani dan dihormati menjelang tahun 2020, maka Universiti Malaysia Sabah terbina di atas tapak tanah seluas 999 ekar di tengah Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 1994. Wawasan pemimpin dan aspirasi rakyat terus menggagahi pembangunan universiti sehingga mampu mengembangkan sayap ke Wilayah Persekutuan Labuan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertapak pula di Sandakan. Produk universiti pastinya adalah pada graduan yang dihasilkan. Mereka inilah yang diharapkan mewakili kumpulan modal insan berbekalkan minda kelas pertama selaku penggerak kepada wujudnya sebuah tamadun bangsa yang perkasa di masa hadapan. Kumpulan graduan yang pertama dilahirkan oleh Universiti Malaysia Sabah ialah pada tahun 1999 dengan jumlah seramai 640 Ijazah Sarjana Muda, enam (6) orang Ijazah Sarjana dan dua (2) orang Ijazah Doktor Falsafah dalam bid

MENAMBAT MINAT BEKERJA - PENDEKATAN PENDAFTAR UMS

{Utusan Borneo,24 Oktober 2008} JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my "Sewaktu bertugas di Jabatan Kastam dahulu, saya selalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran dan penguatkuasaan. Jika diberi arahan, saya akan sedaya upaya melaksanakannya dan mempastikan ianya siap dalam masa yang singkat. Walaupun sikap saya agak 'bising' dalam mempastikan kesempurnaan tugas, tapi saya tidak pernah menekan staf bawahan mahupun menyusahkan rakan sejawatan. Semasa mula-mula berkhidmat di UMS dahulu, prinsip ini masih saya pegang. Mujurlah staf yang bekerja di bawah seliaan saya menerima seadanya saya ini. Mungkin juga kerana cara saya yang suka berterus terang dengan mereka mengenai cara saya mengkehendaki sesuatu tugas itu dijalankan. Bagi saya, sebagai ketua, kakitangan adalah 'anak buah' dan bukannya pekerja saya. Sudah tentu sebagai anak buah, mereka perlu diberikan arahan dengan jelas dan kerja-kerja yang diarah kepada mereka perlu rasional dengan kemampuan atau keboleh

MEMUDAHKAN PEMBELAJARAN ILMU MATEMATIK

{Utusan Borneo, m/s.13, 6 September 2008 } JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Universiti Malaysia Sabah (UMS) giat menggerakkan kreativiti ahli-ahli akademiknya dengan melaksanakan kajian dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kajian dan penyelidikan itu tidak hanya menjurus kepada hasil-hasil yang kebolehpasarannya berunsurkan aspek komersial dan kemanusiaan semata-mata. Malah, aspek yang berkaitan dengan pengembangan minda yang kreatif turut ditekankan. Ini termasuklah meningkatkan prestasi murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam ilmu Matematik umpamanya. Baru-baru ini, UMS telah mengadakan Pameran dan Pertandingan Rekacipta 2008, atau ringkasnya PEREKA 2008 bertempat di Sekolah Kemajuan Teknologi Maklumat, UMS. PEREKA 2008 dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS. Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Penganjur, Prof Dr Rosnah Ismail, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi menegaskan bahawa PEREKA 2008 merupakan suatu aktiviti berterusan

KOTA INDAH, KOTA ILMU

{ New Sabah Times, m/s 7, 24 Ogos 2008 } JAKARIA DASAN, jakaria@ums.edu.my Majlis Perarakan Graduan Berjubah Universiti Malaysia Sabah dengan tema ”Kota Ilmu Penjana Warga Cemerlang” diadakan buat kali yang kedua pada tahun ini iaitu pada 21 Ogos 2008. Perarakan bermula dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, dan seterusnya melalui Jalan Pantai menuju ke perkarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Perarakan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara warga bandaraya (town) dan juga warga universiti atau berjubah (gown). Selaku Mayor Bandaraya Kota Kinabalu DBKK, YBhg Datuk Iliyas Ibrahim, akan menyambut rombongan ini dan seterusnya menyempurnakan acara penyerahan Kunci Bandaraya kepada semua wakil graduan UMS yang menerima ijazah sarjana muda mereka pada Majlis Konvokesyen UMS dari 23 hingga 25 Ogos 2008. Konsep perarakan Majlis adalah sepertimana yang biasanya dilakukan semasa sidang konvokesyen. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada masyarakat Sabah khususnya d