JIHAD BISNES
Sekolah Peniagaan Ekonomi, UMS telah bersama-sama dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia Cawangan Sabah mengadakan Seminar Jihad Bisnes bertempat di Dewan Resital 7 Januari 2010 yang lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Husni Hanazdlah, Menteri Kewangan ke-2. Beberapa orang tokoh usahawan dan akademik telah mengisi slot-slot ceramah yang berlansung selamat satu hari itu. Antara lain para penceramah adalah terdiri daripada Tan Sri Dato’ Muhamad Ali Hashim, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) yang juga merupakan Pengerusi KFC Holdings Malaysia, Dato Hj Fadzillah Kamsah, Dato Dr Sidek Baba, Prof Madya Dr Hj Kasim Md Mansur
Brigadier Jenderal Prof. Datuk Seri Panglima Prof Dr Kamaruzaman Hj Ampon, Naib Canselor UMS dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa program seumpama ini merupakan salah satu daripada manifestasi UMS sebagai salah sebuah organisasi yang menggalas tugas dan tanggungjawab menjayakan agenda memajukan sosio-ekonomi rakyat khususnya di negeri ini. Komitmen ini terbukti dengan pewujudan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UMS yang mengkhusus dalam bidang-bidang pengurusan perniagaan, kewangan dan keusahawanan serta bidang-bidang yang berkaitan. Bagi memantapkan lagi kesediaan UMS sebagai wadah memakmurkan budaya keilmuan dalam bidang perniagaan, kewangan dan keusahawanan ini maka siri-siri kerjasama telah dianjurkan bersama dengan pelbagai institusi dan organisasi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan termasuklah seminar yang diadakan secara bersama dengan DPIM itu.
”Gandingan yang serasi dan terancang wajar dihidupkan dalam usaha kita menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang maju. Seperti yang kita sedia maklum, pada era globalisasi ini, kemajuan ekonomi negara berteraskan kepada k-ekonomi yang begitu sensitif dan terdedah kepada perubahan serta ancaman ekonomi global. Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman masa lalu, dan melalui pelbagai krisis ekonomi global telah menunjukkan bahawa sesebuah negara membangun seperti Malaysia masih lagi bergantung kepada pengaruh ekonomi kuasa-kuasa ekonomi dunia yang maju. Justeru, kita wajar menjadikan rentetan pengalaman itu sebagai ingatan untuk kita menyedari keperluan membina dan memperkasa semula kemampuan ekonomi kita. Dalam hubungan ini, kita perlu mencari, meneroka dan mengenal pasti ruang dan peluang perniagaan yang bersumberkan kepada kekayaan khazanah kita. Terlalu banyak produk keusahawanan yang meliputi sumber alam, sumber etnik dan budaya serta sumber tenaga manusia yang mampu merealisasikan hasrat kita ini. Kita mampu melonjak kepesatan ekonomi negara kita, asal sahaja kita komited dan bersungguh-sungguh melakukannya,” ulas Datuk Naib Canselor selanjutnya.
Para pelajar UMS adalah antara prospek utama yang akan menjadi pendukung utama kemajuan ekonomi negara di masa hadapan. Mereka adalah merupakan bakal-bakal usahawan yang diharapkan dapat memanfaatkan peluang dengan menghadiri seminar tersebut. Peluang berkomunikasi dengan para peserta luar yang merupakan kalangan usahawan adalah merupakan kesempatan yang amat berguna. Selain itu, maklumat dan idea yang disampaikan sepanjang seminar ini merupakan sumber ilmu yang sangat penting untuk melengkapkan teori yang dipelajari dalam bilik-bilik kuliah.
UMS sebagai pusat kecemerlangan ilmu merupakan ruang untuk memakmurkan penerokaan ilmu pengetahuan dan teknologi baharu untuk dikongsi dan disampaikan kepada masyarakat. Ini adalah sangat bertepatan dengan slogan Seminar iaitu JIHAD BISNES TANGGUNG JAWAB UMMAH. Kerjasama dengan DPIM diharapkan dapat terus dikembangkan dan turut dipelbagaikan dalam bidang-bidang lain yang berpotensi, khususnya dalam bidang penyelidikan dan perundingan. Dapatan penyelidikan dan kepakaran yang ada di UMS sudah tentu boleh dikongsi bersama dengan ahli-ahli DPIM dan kumpulan sasaran. Kemahiran perniagaan seperti penyediaan kertas cadangan, penyediaan belanjawan, pengurusan kewangan, penyediaan rekod dan laporan, umpamanya turut sesuai dikembangkan melalui kursus-kursus yang dianjurkan di UMS. Sementara tu, penemuan penyelidikan dan produk baru oleh para penyelidik dan pakar industri di UMS boleh dimanfaatkan, dibangunkan, dan dipasarkan oleh ahli-ahli DPIM.
”Peluang-peluang keusahawanan masih banyak yang belum diteroka dan dipergunakan sepenuhnya oleh usahawan kita. Industri halal yang merupakan salah satu dari bidang tumpuan di UMS sesungguhnya sangat berpotensi tetapi belum diterokai sepenuhnya. Kepakaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, reputasinya di kalangan negara-negara Islam dan bukan Islam, kredibilitinya sebagai pemantau dan pengeluar persijilan halal, semuanya adalah merupakan kelebihan yang belum digunakan. Kepercayaan dan peluang pasaran di kalangan beratus juta umat Islam di seluruh dunia jika dijadikan sebagai kelebihan persaingan akan meletakkan usahawan Muslim di negara ini di landasan tepat untuk mencapai hasrat negara memperkasa ekonomi bumiputera.” Tambah Prof D.S.P. Dr Kamaruzaman.
(Jakaria Dasan)

Comments
Post a Comment