Program HIMPUN UMS anjuran HEP, 5 - 7 Feb 2010

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dipilih oleh-Nya untuk menabur bakti kepada negara sebagai Ketua Fasilitator Program Himpunan Patriotik Negara yang telah diadakan di Beringgis Beach Resort dari 5 hingga 7 Feb yang lepas.Sekurang-kurangnya, saya dapat mengikut jejak arwah bapa yang begitu tinggi jasa dan baktinya kepada negara sebagai anggota tentera 14 Wataniah/9 Renjer tahun 1970an dahulu. Dahulu arwah bapa menggunakan senjata kerana musuh yang nyata berada dalam belukar rimba. Berbeza dengan hari ini, musuh negara berada di sekeliling kita dalam persekitaran yang konkrit yang nyata.

Terima kasih kepada saudara saya, En Masri Judah, kerana mengundang saya untuk turut serta dalam program HIMPUN yang pertama kali diadakan di Sabah. Terima kasih kepada Tuan Mohd Fadzil Jamaludin, wakil urusetia HIMPUN Pusat (UUM) yang telah mengenalpasti saya sebagai Ketua Fasilitator HIMPUN Zon Sabah. Terima kasih kepada Prof Madya Dr Hj Kasim Md Mansur, TNC HEPA UMS, yang menyokong pemilihan saya itu. Terima kasih kepada rakan-rakan Fasilitator yang telah memberi kerjasama tidak berbelah bahagi memastikan kelancaran program HIMPUN yang bersejarah itu.

Dan pastinya ucapan terima kasih tidak terhingga kepada adik-adik ku mahasiswa mahasiswi UMS yang terlibat sepenuhnya menjayakan program tersebut. semangat setiakawan yang terjalin dalam kalangan mereka lebih bermakna selepas menyertai HIMPUN kerana persahabatan itu tidak lagi berbaur prasangka malah bersandarkan kepada rasa cinta yang amat tinggi kepada tanahair tercinta. Adik-adik ku, yakinlah apa-apa pun tuduhan liar yang dilemparkan kelak kepada program ini, HIMPUN bukan hanya menaikkan semangat adik-adik untuk cintakan negara, malah kami para fasilitator turut merasai semangat yang membara itu. Air mata yang bergenang di kelopak mata, jika tidak pun tertumpah selama tiga hari itu adalah saksi bahawa HIMPUN ada memberi kesan kepada semangat adik-adik ku untuk melihat negara kita terus aman damai dan bersatu padu di antara semua kaum.

Adik-adik ku, mahasiswa mahasiswi UMS (dan seluruh IPTA), sedarlah bahawa untuk mendepani tsunami globalisasi kita perlu ketepikan perbezaan kaum dan agama. Ini negara kita bersama, marilah kita tumpukan kesatuan menerusi persamaan yang ada. Jadikan sejarah sebagai rujukan untuk kita sentiasa berwaspada dengan adu-domba yang dimainkan oleh musuh-musuh negara.

InsyaAllah, semoga adik-adik ku menjadi pemimpin masa depan yang tidak akan mengulangi kesilapan masa silam.
"Masa lalu warisan, masa ini tindakan, masa depan wawasan"

Jakaria Dasan
UMS

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH

KRONOLOGI MASYARAKAT PERIBUMI SABAH SEDASAWARSA SEBELUM MERDEKA

THE ESSENCE OF EFFECTIVE COMMUNICATION