JIHAD BISNES
Sekolah Peniagaan Ekonomi, UMS telah bersama-sama dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia Cawangan Sabah mengadakan Seminar Jihad Bisnes bertempat di Dewan Resital 7 Januari 2010 yang lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Husni Hanazdlah, Menteri Kewangan ke-2. Beberapa orang tokoh usahawan dan akademik telah mengisi slot-slot ceramah yang berlansung selamat satu hari itu. Antara lain para penceramah adalah terdiri daripada Tan Sri Dato’ Muhamad Ali Hashim, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) yang juga merupakan Pengerusi KFC Holdings Malaysia, Dato Hj Fadzillah Kamsah, Dato Dr Sidek Baba, Prof Madya Dr Hj Kasim Md Mansur Brigadier Jenderal Prof. Datuk Seri Panglima Prof Dr Kamaruzaman Hj Ampon, Naib Canselor UMS dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa program seumpama ini merupakan salah satu daripada manifestasi UMS sebagai salah sebuah organisasi yang menggalas tugas dan tanggungjawab menjayakan agenda memajukan sosio-e...