Tragedi Gempa

Duhai dada yang bergoncang
nafas mu tak beralun
saraf mu tak berkembang
darah mu tak gemuruh

Dan pada satu detik yang tidak diundang
merekahlah segala liang
lalu berkecai dasar dan ruang
tersembam bersama nasib malang

Ramai nyawa yang melayang
yang terselamat diburu bayang-bayang
suara insan tersayang terngiang-ngiang
kala sepi airmata pasti berlinang

Harta benda turut musnah dan hilang
padang jarak padang hilalang
...jika dada itu bergoncang
...pasti duka malam dan siang.

Comments

  1. Suluhkan Sinar...

    Bayangkan hanya berbumbung langit,
    Berdinding sekadar angin,
    Kerana syurga mereka
    Telah dimamah bencana
    Satu harta yang tinggal hanya nama

    Bayangkan semua insan tercinta
    Dirampas sekelip mata
    Hilang entah ke mana
    Nisan pun tiada tempatnya
    Warisan keluarga hanya pada nama

    Oh Tuhan beri ketabahan hati mereka
    Menempuhi dugaan yang melanda
    Kita sesama manusia turut mendoakan
    Agar KAU suluhkan sinar dan harapan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH

THE ESSENCE OF EFFECTIVE COMMUNICATION

Matching Structure with Environment