SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH
Sabah yang dahulunya pernah dikenali sebagai North Borneo telah mencapai kemerdekaan daripada British melalui penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Tanah Melayu. Berdasarkan kepada sumber-sumber sejarah menunjukkan bahawa Sabah pada asalnya merupakan jajahan Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun, pada tahun 1704, sebahagian besar wilayahnya di pantai timur dan utara telah dihadiahkan kepada Kesultanan Sulu sebagai balasan kerana membantu sultan Brunei menewaskan seterunya di Pulau Cermin. Sistem kerajaan berkonsepkan kesultanan di Sabah mula terpadam dalam lipatan sejarah apabila wilayah-wilayah di Sabah diserahkan oleh Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei kepada British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada abad ke-19. Pada tahun 1881, Sabah secara rasminya telah ditadbir oleh BNBCC dan dijadikan negeri naungan kerajaan British pada tahun 1888. Dalam erti kata lain,
Comments
Post a Comment