TANGAN AN-NAS

TANGAN AN-NAS

Tangan yang menghidupkan
Tangan yang memegang
Tangan yang memulakan
Tangan yang melakukan

Tangan yang membinasakan
Tangan yang menakutkan
Tangan yang menamatkan
Tangan yang menafikan

Antara kedua tangan
Kadangkala aku suka pada tangan yang membinasakan
Kerana tangan itu menyelamatkan dunia
Mengekang kemusnahan
Menghalang kezaliman
Dan tangan itu menghidupkan kecintaan kepada an-Nas

Sebaliknya aku benci pada tangan yang menghidupkan
Kerana tangan itu menghancurkan dunia
Menyokong kemusnahan
Mendorong kezaliman
Dan tangan itu membangkitkan keretakan sesama an-Nas


Jakaria Dasan UMS
(epilog mengenai kakitangan)

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH

THE ESSENCE OF EFFECTIVE COMMUNICATION

Matching Structure with Environment