HATI KUNCI YANG MENGIKAT


Dunia ini teka teki,
Akhirat kekal abadi,
Kenapa dunia yang dicari...
Sedang...
Setiap puji, mulut merasa, 
Setiap beri, tangan terima, 
Setiap kasih, hati gelisah.

Mulut bisa dikunci,
Tangan bisa digari,
Hati sentiasa misteri.

Sesungguhnya,
teka teki dan misteri ada persamaannya.
Jika hati jarang bertanya
Pada mulut dan tangan yang ligat pencaknya

Politik mulut dan tangan ibarat bahtera dunia,
hati jua nakhoda insanniah,
bahtera karam di samudera,
jika hati lalai seketika cuma.
Mulut, tangan dan hati,
sejasad takkan terpisah,
Peliharalah hati,
kerana hatilah sanubari,
jika jannah yang dicari.



Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH

KRONOLOGI MASYARAKAT PERIBUMI SABAH SEDASAWARSA SEBELUM MERDEKA

THE ESSENCE OF EFFECTIVE COMMUNICATION