JIHAD BISNES DI ATAS BUMI YANG RESAH

JIHAD BISNES DI ATAS BUMI YANG RESAH

Bumi yang resah
gondol bukit bukaunya
kering telaga jernihnya
robek kelambu hijaunya
muntah lahar merahnya
musnahlah ekologi dunia
...dek rakusnya nafsu manusia

Jawablah dengan hati yang terbuka
kerana bumi dan bisnes bumiputera ada persamaannya
jika bumi kian parah kerana sikap kita
bisnes juga kian suram kerana sikap kita
Justeru...mentaliti bisnes kita perkasa
kembalilah kepada kekuatan asal kita
yang bersandarkan al-Quran dan as-Sunah
...tidak rugi ikut tertib ketam melangkah
...tidak rugi ikut tertib kura-kura berlumba
...tapi amat rugi jika terpekik-terlolong seperti katak yang terlompat-lompat dalam periuk yang kian membara apinya.

Jihad bisnes suatu wahana
usahawan bumiputera mengubah langkah
selaras dengan dinamika dunia
sambil berpaksi kepada tauhid dan ubudiyah
dengan menyedari tiada seteru dalam kalangan kita
sama-sama mengejar rezeki yang tersedia
yang telah tercatat sebelum kejadian dunia
di Luh-Mahfuz Allah!

JAKARIA DASAN, UMS.

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH KEMERDEKAAN SABAH

KRONOLOGI MASYARAKAT PERIBUMI SABAH SEDASAWARSA SEBELUM MERDEKA

THE ESSENCE OF EFFECTIVE COMMUNICATION