Menjejak Tarsilah
Pulau Belud Melanga dan Pulau Senorob merupakan dua buah kawasan perkuburan yang terletak di dua buah pulau berhampiran dalam Teluk Mengkabong. Terdapat beberapa tinggalan warisan lama seperti kubur/makam lama yang masih menggunakan batu dan kayu sebagai nisan. Tuan Bazley Bee (Ketua Unit Arkeologi Marin Borneo UMS) menerima pelawaan saya untuk menjejaki warisan 'keluarga' masyarakat Teluk Mengkabong ini.